Wednesday, March 25, 2009

21 Resolusi Piagam Kota Melaka

Semalam.. masa aku tgah pusing2 fakulti aku sblom kelas dgn dekan, aku jumpe satu poster ni kat notice board.. besar.. background itam.. tajuk die seperti di atas.. aku rase xramai pun student yg baca.. jd, aku rase ni taggungjawab aku nk tulis balik mende ni.. biar orang2 yg berkunjung ke blog aku ni dapat baca dan hayati.. Resolusi ni dikeluarkan sempena mesyurat Dato seri VC UiTM dgn pimpinan Kanan UiTM..



21 Resolusi Piagam Kota Melaka



1. Orang Melayu/Bumiputera seperti hilang arah apabila banyak pihak menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap keistimewaan orang Melayu/Bumiputera walaupun telah termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan sejak lebih 50 tahun yang lalu.


2. Rakyat Malaysia mesti memahami,menghayati dan menghormati keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan ia mesti dijelaskan secara berterusan melalui penyebaran maklumat tepat lagi bertanggungjawab.


3. Melayu/Bumiputera (tanpa mengira fahaman politik)mestilah bersatu serta seia-sekata dalam mempertahankan hak-hak di bawah perlembagaan.


4. Mesti ada kumpulan pendesak Melayu/ Bumiputera yang kompeten serta berani menghujah balas tomahan mana-mana pihak mengenai isu-isu yang mengenai Melayu yang mengelirukan.


5. Hak Melayu/Bumiputera dalam pendidikan dan biasiswa mesti dikekalkan bagi menjamin survival bangsa dan keharmonian Negara.


6. Melayu/Bumiputera mesti menubuhkan kumpulan pendesak bagi memastikan penggunaan Bahasa Melayu memartabatkan lagi tujuan perpaduan negara.


7. Ketidakfahaman masyarakat terhadap konsep kontrak social dan ketuanan melayu mesti ditangani melalui peranan media massa dan forum diantara kaum.

8. Masyarakat Melayu/Bumiputera perlu mempertingkatkan hakmilik dalam sector ekonomi, hartanah, komoditi, perhotelan, pembuatan dan lain-lain sector dengan cara srategik.


9. Masyarakat Melayu/bumiputera terutama yang beragama Islam mesti mengatasi kebergantungan tehadap bukan Bumiputera dalam urusan penyediaan bahan makanan serta mesti menguasai rangkaian pembuatan dan bekalannya.


10. Super-Malays (pemikir, pemimpin, pelaksana dan peneraju tersohor) yang mempunyai kepakaran pelbagai bidang mesti ada di kalangan orang-orang Melayu/Bumiputera.


11. Isu halal/haram dalam makanan perniagaan dan apa sahaja urusan mesti diterajui oleh orang islam.


12. Modal Insan Melayu/Bumiputera mesti diperamaikan dan diperhebatkan kualitinya standing dengan bukan Bumiputera.


13. Pengetahuan mengenai sejarah penubuhan Malaysia, Kontrak social dan ketuanan Melayu mesti dipertingkatkan menerusi program di semua peringkat persekolahan, institusi pengajian tinggi serta program-program kemasyarakatan secara berterusan.


14. Minda dan jiwa masyarakat Melayu/Bumiputera dalam dilemma dan terperangkap dalam konflik kemelut politik.


15. Imej Melayu/Bumiputera mesti diperbaiki melalui amalan budaya hidup yang positif.


16. Ketirisan semangat jatidiri Melayu/Bumiputera di kalangan belia mesti dibanteras.


17. Melayu/Bumiputera mesti menghayati konsep pembelajaran sepanjang hayat bagi menjamin survival bangsa.


18. Melayu/Bumiputera mestilah dilatih untuk memperoleh maklumat yang sahih dan bahan-bahan bacaan yang membina minda.


19. Masyarakat Melayu/Bumiputera mesti mencari jalan inovatif untuk mengatasi masalah gejala social dikalangan remaja seperti penyalahgunaan dadah, mat rempit, bohsia dan kes-kes diperdayakan oleh rakyat asing.


20. Melayu/Bumiputera mesti bersatu supaya Perdana Menteri Malaysia tetap kekal daripada kalangan Melayu atau /Bumiputera yang beragama Islam.


21. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mesti dikekalkan untuk menjamin kesejahteraan dan ketenteraman negara.

helanghijau: dulu2 belajar Piagam Madinah je.. (^_^)

3 isihati pembaca:

ila ni said...

aku x baca habis pon lagi apa yg ko tulis ni tapi aku antara golongan yg setuju je kalau guna bahasa inggeris utk sains & maths.:P

alqil said...

btol...qilah setuju dengan penggunaan bi dalam sains dan math...yang timbul masalah bile cikgu dan anak murid ade masalah interaksi...konsep dah cantik...aplikasi perlu lebih cantik...

ps: tlg ubah setting setiap kali nak post comment...tak perlu msukkan word verification

Helang Hijau said...

cpat btol korang ni komen... hhee..

qila.. aku dah buang word verification..