Tuesday, March 31, 2009

Transformasi..

berikut adalah wajah2 transformasi aku.. hahahha...




Ketika umur 6thn.. baru abes tadika.. gambar dah lame.. tu yg gambar berlubang2..





Masa umur 12Thn.. gambar diambil masa dajah 6.. sbb nk masuk sekolah menengah..





Umur 19thn.. Gambar diambil sebelum masuk Uitm..


helanghijau: xde gambar pasport terbaru.. mungkin akan diambil semasa nk apply kerja nnti.

aku akan tag dua orang bloger tuk tugasan ini.. kene wat camni la.. tnjuk kn gambr yg menampkn perubahan pda wajah anda.. insan tersebut ialah :
1. mekla.
2.qilah.

Monday, March 30, 2009

Kenali Lelaki...

Kenali Siapa Lelaki.. ??

1. Jika lelaki menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.

2. Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.

3. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak.
Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

4. Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu.
Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam- kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

5. Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?

7. Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

8. Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

9. Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

10. Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf.
Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

11. Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

12. Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

13. Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya seorang wanita dengan seorang lelaki.
Tidakkah anda setuju jika dikatakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

14. Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.

Helanghijau: hish... ape la aku post kali ni.. baca je la... kdg2, pompuan ni xpham lelaki.. arap wanita2 yg baca ni bley jdkn panduan.. hehehhehe.. sekadar copy paste.. kredit to http://1001rahsiadiri.blogspot.com

Sunday, March 29, 2009

Keputusan Penuh F1 Melbourne

Helanghijau: sangat mengecewakan..

Saturday, March 28, 2009

UNexpected resulT!!



Diatas adalah senarai kedudukan grid tuk perlumbaan pembuka tirai F1 2009 di melbourne.. mmg mengejutkan sbb pasukan yg dah tarik diri pastu masuk smule dgn nama baru 'BRAWN GP' bley dapat pole position.. mmg mengejutkan.. pasukan2 besar plak ade masalah... Diffuser diorng yg xikut saiz ni mcm bg kelebihan je kat pasukan2 kerdil ni.. KERS plak tambah berat je.. wat slow keta..

perlumbaan esok mmg menarik.. pasti mencabar.. harap2 ade kemalangan, atau pon ujan.. mmg best bile tgk race bile keadaan ni berlaku.. table will be turn upside down... hahahaha... kita lihat keputusan nye esok..

helanghijau: sentiasa menyokong pasukan BMW.. harap sesuatu berlaku esok....

Wednesday, March 25, 2009

21 Resolusi Piagam Kota Melaka

Semalam.. masa aku tgah pusing2 fakulti aku sblom kelas dgn dekan, aku jumpe satu poster ni kat notice board.. besar.. background itam.. tajuk die seperti di atas.. aku rase xramai pun student yg baca.. jd, aku rase ni taggungjawab aku nk tulis balik mende ni.. biar orang2 yg berkunjung ke blog aku ni dapat baca dan hayati.. Resolusi ni dikeluarkan sempena mesyurat Dato seri VC UiTM dgn pimpinan Kanan UiTM..



21 Resolusi Piagam Kota Melaka



1. Orang Melayu/Bumiputera seperti hilang arah apabila banyak pihak menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap keistimewaan orang Melayu/Bumiputera walaupun telah termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan sejak lebih 50 tahun yang lalu.


2. Rakyat Malaysia mesti memahami,menghayati dan menghormati keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan ia mesti dijelaskan secara berterusan melalui penyebaran maklumat tepat lagi bertanggungjawab.


3. Melayu/Bumiputera (tanpa mengira fahaman politik)mestilah bersatu serta seia-sekata dalam mempertahankan hak-hak di bawah perlembagaan.


4. Mesti ada kumpulan pendesak Melayu/ Bumiputera yang kompeten serta berani menghujah balas tomahan mana-mana pihak mengenai isu-isu yang mengenai Melayu yang mengelirukan.


5. Hak Melayu/Bumiputera dalam pendidikan dan biasiswa mesti dikekalkan bagi menjamin survival bangsa dan keharmonian Negara.


6. Melayu/Bumiputera mesti menubuhkan kumpulan pendesak bagi memastikan penggunaan Bahasa Melayu memartabatkan lagi tujuan perpaduan negara.


7. Ketidakfahaman masyarakat terhadap konsep kontrak social dan ketuanan melayu mesti ditangani melalui peranan media massa dan forum diantara kaum.

8. Masyarakat Melayu/Bumiputera perlu mempertingkatkan hakmilik dalam sector ekonomi, hartanah, komoditi, perhotelan, pembuatan dan lain-lain sector dengan cara srategik.


9. Masyarakat Melayu/bumiputera terutama yang beragama Islam mesti mengatasi kebergantungan tehadap bukan Bumiputera dalam urusan penyediaan bahan makanan serta mesti menguasai rangkaian pembuatan dan bekalannya.


10. Super-Malays (pemikir, pemimpin, pelaksana dan peneraju tersohor) yang mempunyai kepakaran pelbagai bidang mesti ada di kalangan orang-orang Melayu/Bumiputera.


11. Isu halal/haram dalam makanan perniagaan dan apa sahaja urusan mesti diterajui oleh orang islam.


12. Modal Insan Melayu/Bumiputera mesti diperamaikan dan diperhebatkan kualitinya standing dengan bukan Bumiputera.


13. Pengetahuan mengenai sejarah penubuhan Malaysia, Kontrak social dan ketuanan Melayu mesti dipertingkatkan menerusi program di semua peringkat persekolahan, institusi pengajian tinggi serta program-program kemasyarakatan secara berterusan.


14. Minda dan jiwa masyarakat Melayu/Bumiputera dalam dilemma dan terperangkap dalam konflik kemelut politik.


15. Imej Melayu/Bumiputera mesti diperbaiki melalui amalan budaya hidup yang positif.


16. Ketirisan semangat jatidiri Melayu/Bumiputera di kalangan belia mesti dibanteras.


17. Melayu/Bumiputera mesti menghayati konsep pembelajaran sepanjang hayat bagi menjamin survival bangsa.


18. Melayu/Bumiputera mestilah dilatih untuk memperoleh maklumat yang sahih dan bahan-bahan bacaan yang membina minda.


19. Masyarakat Melayu/Bumiputera mesti mencari jalan inovatif untuk mengatasi masalah gejala social dikalangan remaja seperti penyalahgunaan dadah, mat rempit, bohsia dan kes-kes diperdayakan oleh rakyat asing.


20. Melayu/Bumiputera mesti bersatu supaya Perdana Menteri Malaysia tetap kekal daripada kalangan Melayu atau /Bumiputera yang beragama Islam.


21. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mesti dikekalkan untuk menjamin kesejahteraan dan ketenteraman negara.

helanghijau: dulu2 belajar Piagam Madinah je.. (^_^)

Sunday, March 22, 2009

Petua Mendapat Pasangan - Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah



1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

helanghijau: kredit to http://1001rahsiadiri.blogspot.com

PAU

hehhehe... ni bkan cite pasal kuih pau atau 'pau' orng. aku bukanlah nk start bisnes jual pau atau nak pau orng lain. tapi PAU ni spesel sikit.. kita bakal tahu sape bakal timbalan perdana menteri Malaysia yang baru nnti... ade 3 nama, tapi sorang dah kene tendang.. tinggal 2... fuh... 1 by 1 ni... msti sengit pertarungan tuk menang... kita lihat siapa yg keeeennnnnaaaaaaa!!!............................

PAU yang dimaksudkan adalah PEMILIHAN AGUNG UMNO pada 24-24hb mac 2009...

helanghijau: ske tgk dr jauh.. memerhati perkembangan politik Malaysia.. xpnah pon bertanding tuk jd ketua kelas mase skolah dulu.. hehehhe

Sunday, March 15, 2009

:: SABTU, 14 MAC 2009::

Seperti mana yg telah dijanjikann aku akan ke mid valley tuk tgk Dragonball Evolution... janji ini telah dibuat seminggu sebelum ini semasa dlm perjalanan pulang ke lmbah klang dr bumi kuantan tercinta...

aku memulakan perjalanan menuju ke stesen komuter padang jawa kira2 jam 10..19pg dgn dihantar oleh ajim..(aku malas nk park moto kat sane sbb saiful dah kate nk antar aku balik dr mid valley.. HOorreYY xyah sesak2 masa nk balik..).... sampai je kat stesen ktm aku tgk kosong je.. xde orng... aduhh... aku secara otomatik dah tau yg aku baru je miss the tren,,, slalu sgt jd cmni......... terpaksa la ku terkebil2 sorng2 selama 15 minit tuk tunggu tren seterusnye.. 10.40pg aku naik tren ke sntral...

aku smpai kat mid kira2 jam 11.30.. saiful dah tggu aku lame dah.. kesian.... nk sgt tgk dragonball,, die kene kuar awal la sbb nk beli tiket.. die beli tiket pkul 1.00 ptng... untuk mengabiskan masa yg terluang, kami amik keputusan tuk menjalankan aktiviti rutin.."bowling".... 3game menjadi pertaruhan menentukan siapa lg handal..(biasanya aku akan kalah dgn die ni.. aku ni amatur, die thap semi-pro).... walopon rm5 satu game, aku layan kn jugak sbb lastweek kt kuantan aku xdpt join diorng main.. ggrrrrrr........ di sebabkn hanya ber2 je yg lawan... kami dapat abiskan game dlam tempoh kire2 sejam je... tu pon abis cepat dah tu.. takot lambt masuk wayang nnti.... dan keputusannya--------> aku menang 2-1..... hahahahah.. agak perform ckt xtau langape.. game last aku kalah 4pin je.. tapi total sume aku masih menang... yezzaaaa.. seronoknye aku menang.. zamri dah bukan tandingan aku lg dah ni.. hahahhaha...

wayang bermula jam 1ptng di panggung no1.. aku lapar, sbb xmkn dr pg.. smpat tapaw 1901 bwak masuk.. hahahahha... pasal dragonball aku mlas nk komen... 3bintang je ckup la.... abes wayang.. aku dan saiful bergerak mencari tempat tuk mengisi perot.. ramainye orng.. pusing2 last kami masuk kenny rogers.. mkan 1/4 meal saja... harga bley than la.. huahahaha.. terbang fulus aku..... then kami menunaikan kewajipan zohor di surau dalam jusco.. pastu pusing2 tgk jeans.. xde yg berkenan... rase nk balik... masuk part groceries jap sbb sepol nk cr meggi... dah setel sume dlm kul 5stgah kami pon kuar dr mid menuju ke shah alam... hujan rupenye......

smpai die exit padng jawa aku teringt ayu.. aku call die gune hs sepol... xangkat... call no satu lg.. laki yg angkat...( ayah die upenye)... kami ajak die lepak2 minum.. tapi kami nk g umah aku smyng asar dulu...... balik umah jap,, pas rilex2 n smayng asar kuar balik g umah ayu... dekat je... pas pickup die kami g minum2.. ingat nk g pakli kopitiam.. tp penuh.. so masuk miza kopitiam dpan pakli tu... pas borak2, tibe2 aku ajak diorng g karaoke.. wahsai.. depa setuju....
begeraklah plak kami ke Plaza Alam Sentral... smpai2 dah nk mgrib... masuk boling tgk ade pak arab bwak anak kembar die main dlam lgkungan umor 5thn.. si ayu dan sepol suke2 samakn aku mcm bdk2 tu... kami smyng mgrib dulu pastu baru g karoke.. yeehhhaaaa.. dah renovate tmptan ni upenye.. aku xtau pon.. lg bnyk box.. ade 49 sume... lagu2 update lak tu.. best gle... kami nyanyi 20lg.. heheheheh....

pkul 9.30 tamat sesi menyumbangkan suara... aku pujuk sepol supaya xbalik dan tido umah aku je.. bkn ramai orng pon...kami g tesco jap sbb sepol nk beli short dgn tuala... pastu kami bncang2 nk g mana.. aku ajak diorng g uptown.. selepas agak lama "berbincang" kami sepakat tuk g uptown... kami mkan kat sane.... masa pusing2 jupe bdak umah rahman yg praktikal kat proton.. wah ramainye aku jupe bdak UMP arini.. selepas tgk2 ape yg ade kat uptown, aku beli selai t-shrt n jeans... kami balik kira2 jam 1.15am... antar ayu balik umah dulu n trus balik umah aku.... penat gile arini... tapi aku rase sgt berbaloi.. .. huahaha...

helanghijau: byk jugak duit melayang arini...(T_T)

Friday, March 13, 2009

Kisah tanpa tajuk.....

arghh... aku xtau nk ngomel ape ni.. tgah susah hati.... aku xcukup 7kpng specimen lg.... nk masuk lab esok tp tutup plak.. en nazeman cuti plak... xpe.. aku siapkn yg mane ade, pastu bley proceed dgn specimen yg ada... adoi.. sempat ke siap ni... Insyaallah... yakin bro.. yakin... ko kene yakin dgn diri sendiri zaki.... kat cn ko je yg bley tlg dr ko.... usaha2..... jgn buang masa...... kejar ape yg ko nk.... kalo nk BMW 320i kene keje kuat bro...

--------------------------------------------------------------------------------------------------

dah lebih stahun aku cmni (baca sbg single)..... kadang2 aku rase sunyi dan kosong.. adat la tu... seme orng nk kn perhatian.. lbih2 lg dr sumone special...hehhehehe... tapi.. aku masih disini... masih ok...... macam2 dah jd kat aku lam tempoh setahun lbih ni... tp yg pasti... aku dah serik nk serius dalam relationship... damn, pintu hati aku dah tertutup rapat.. kah3... biar masa menentukan... aku nk cube cr sumthg else yg lbih penting dulu(harta)......

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Ac Milan..... aku harap team ni terus sukses.. walopon macam payah nk dapat jd champion Serie A dan terlepas UEFA cup,, masih ade peluang tuk layak g liga juara2 musim dpn.. chaiyok2...
BMW sauber,,,, harap terus menyinar tahun ni... kasi beat sama mclaren dgn ferrari..

Tuesday, March 10, 2009

Hujung minggu yg memenatkan dan review filem rasukan ablasa & watchmen

salam..

last week aku balik kuantan.... sangat penat.. kat sini aku nk tulis perjalanan aku balik ke kuantan dan nk review dua filem yg smpat aku tgk..

6 mac 2009..

jam dah 37 stgah ptng, aku gerak dgn ajim, singgah fak jap, ingt nk crunch pallet yg dah siap mix, tp ari gelap, kami amik keputusan nk gerak trus g pj takut ujan.. mase tu dah kul 4.. kul 4.30 kami smpai pj, umah adik ajim, dkat je dgn opis sepol, smpai je pj trus ujan, nasib baik.... pas semyang asar kami layan sponge bob kt umah adik ajim sbb nk tggu sepol abes keje... kul 6 kami gerak dr pj menuju ke kuantann.. yeehaaaa dapat balik umah.. spjng perjalanan ok je, xde ape yg berlaku,, kami lapar dn mengantuk, singgah rnr temeloh sat, aku bntai mi kari kat situ, baru bertenaga nk borak2 lam kete, kalo x layu je.. sampai gambg lak brenti amik zamri sat,, sibuk suwoh amek die.. alhamdulillah smpai umah lam kul 10.30 mlm..


7 mac 2009..

xde ape nk wat... parent ajak balik kg.. datuk aku sakit katenye, aku serba salah, sbb dah jnji nk kuar dgn kwan ari ahad, kebetolan die cuti, kalo die keje payah nk jupe.. ayah aku kate balik kuanatn semule pg ahad, so lega sketla, bley kuar lg.. pg tu aku tukar air aquarium je.. ikan xbyk pon.. byk mati je.. pas ayah aku abes keje, kul 4 kami gerak dr umah menuju ke kg di pekan.. boley plak tayar kene paku, nasib baik dkt dgn kedai, tampal tayar kene caj rm 6..
smpai kt kg aku tgk atuk aku ok je.. alhamdulillah ok je atuk aku, tp die x g pon kenduri kt kg aku sbb xlarat(atuk aku tkng masak kenduri)...

8 mac 2009...

hari yg paling penat...kul 9 lbey gerak kembali ke kuantan... sampai umah relax2 jap... kul 3 katenye nk kuar.. aku layan je la... xtau nk g mane.. tapi aku dh jnji nk blanje die..so kene la blnje... so, g megamall.. kat sane zamri, sepol n aripo dah ade, tgah melalak, aku p jenguk sat, pastu biarkan depa.. aku g beli tiket nk tgk wayng cite Geng. tp abes, so cite yg ade hanyalah Rasukan ablasa.. cite ni pukul 5.50pm di panggung no4.. seat aku blkang skali (B)... review adalah seperti berikut..


ni lah citer yg aku tgk, rasukan ablasa.. xbest pon.. citer ni flashback.. ade 6 watak, sgt pening, nk wat citer seram tpi gune teknik penceritaan dr watak utama lakonan gambit.. aku xpham nape gambit kene ckp kuat2 seolah2 menjerit dalam citer ni.. sgt pelik.. part orng kg nk bakar rumah pemuja syaitan tu pon aku rase ade yg xkene.. macam xseswai dialog die.. mmg rugi la aku tgk. yg penting xseram pon.. aku bg 1stgah bntg je dr 5bntg..




selepas abes tgk citer ni aku g kaco sepol, zamri n aripo main boling, berjaya gak aku pow 2 frame dr game sepol wat lepas gian.. pastu g solat mgrib n relak2 jap, nk tgk watchmen lak kul 9 di panggung no 2.. kali ni tgk dgn sepol, zamri, n aripo.. td tgk dgn orng lain... review nye:


citer ni juga menggunakan teknik flashback,, juga ada 6 hero, so pekembangan watak adalah sgt slow dan menyebabkn cite ni memakan durasi 2 jam 43 minit.. superhero die xde power hebat2 pon, dr manhattan je ade power,, orng lain cume kuat je... aku ingat byk action, lawan2, darah2,. mati.. tapi xbyk... kecewa aku... pada aku xbest juga cite ni bg 2stgah bntang je la.. hehehehe..
kesimpulannye aku mmg kecewa sbb due2 cite flashback.. arghh...


balik umah kul 12 tgah mlm..

9 mac 2009..

pnat woo arini.. duk umah je.. ptng nnti nk balik shah alam.. rehat2 saje... ptg dpt tau tokteh masuk HTAA nk operate mata, xsmpat nk g sbb aku nk blik sgt2 dah.. gerak dr kuantn kul 7.. hujan, jem di beberapa tmpt.. smpai pj kul 12.. kul 12,25 smpai shah alam.. sejuk rider moto mlm2.. hahahaha

Thursday, March 5, 2009

I'M BLLLUUURRRR!!

mmmmm...
sgt susah hati.....
FYP xsiap lagi...
byk lg yg standard perlu diikuti...
harus berhati-hati..
kalo x binasa aku nnti..

mmmmm....
kemana aku selepas ini??....
pening nk cr duit sndiri..
master atau industri??....
bekerja sendiri atau mkn gaji??
Arrggghhh.. Lu pikir la sendiri....

Wednesday, March 4, 2009

NOTCH STRENGTH REDUCTION OF FIBRE METAL LAMINATE (FML)

Entri kali ni nk cite sket pasal FYP aku.... tajuknye adalah seperti tertera diatas..


INTRODUCTION

A Fiber Metal Laminate (FML) is one of a class of metallic materials consisting of a laminate of several thin metal layers bonded with layers of composite material. This material behave much as a simple metal structure, but with considerable specific advantages regarding properties such as metal fatigue, impact, corrosion resistance, fire resistance, weight-savings and specialized strength properties.

FML are a new type of composite. Thin sheets of aluminum are alternated with thin sheets of traditional composite. It becomes a good substitute for metal structures, especially in aerospace and aircraft applications. This is because of its good mechanical properties such as excellent fatigue and impact resistance as well as damage tolerance, without sacrificing low weight.

In this research, short Kenaf fiber was use as reinforcement filler and polypropylene (PP) as a matrix and then laminated with aluminum thin sheet. This research will investigate the nocth strength of the specimen by varying the hole diameter.

RESEARCH OBJECTIVE

The objectives of research are:

i. To determine the notch strength reduction in tension of FML based on Kenaf fiber. This is very important because in real application it is necessary to drill holes into laminates to facilitate bolting or riveting for joining process.

ii. To compare the notch strength reduction with the post impact tensile strength.

Helang hijau: Secara ringkas nye.. aku nk test properties material ni... kalo korang nk tau, fibre-metal laminate adalah main structural material dalam upper fuselage Airbus A380. buat kapal terbanmg ni.. so aku cume tukar komposit kat tgh tu gune kenaf. .aku akan guna fiber dr pokok kenaf, gaul dgn PP plastic dalam machine bernama mixer bersuhu 190 degree celcius... bile sejuk mende ni akan jd mcm doh kuih.. tapi sgt keras kerana plastik keras bile sejuk... kemudian aku akan hancurkan doh yg keras ni tuk jd bentuk pallet.. then, masukkan dalam mold yg telah terpilih.. pastu guna teknik hot press dgn pressure 500psi dan suhu 190 degree celsius tuk upper and lower heater.... bile dah sejuk, kuarkan dr mold.. dapat la bentuk petak 11cm x 15cm..( macam buat kuih.. siyes xtipu).. then potong la ikot dimension yg sesuai dan follow standard.. pastu potong aluminuin sheet, tampla gune araldite@ gam kat specimen td..pastu boleh test... tapi byk keje lg ni.. aku blom potong2 lagi.. hahaha.. riso plak xsempat siap.. xpe... berusaha2.. masih ade mase lg.... hehehe.. gamabr2 dibawah adalah gambar2 semasa proses dijalankan.



.


proses hotpress.. adunan ade dalam mold yg kt tgah2 tu



menghancurkan doh plastik dan kenaf fiber.. jg2 tangan, buleh putus jari.. hati2..


proses menggaul PP dan kenaf fibre


lepas dah campur n keras,, macam ni la jdnye.. ni kene "roll" tu yg jd nipis.. takot nnti xley hncur kalo besar2 n ketol2..