Saturday, January 16, 2010

Apa nak jadi ni???

Tunangku isteri orang
Oleh Fuad Hadinata Yaacob, Zulfa Mohamad, Nor Husaini Nor Majid dan Rashidi Karim
am@hmetro.com.my

BUKIT MERTAJAM: “Saya berhabis sebanyak RM25,000 untuk majlis perkahwinan ini, tapi apabila sampai di rumah pengantin perempuan untuk majlis pernikahan, bakal isteri hanya berkain batik dan baju-T menyambut ketibaan rombongan kami.

“Lebih mengejutkan, rumahnya tiada tanda persiapan untuk majlis kenduri dan ahli keluarganya juga tak kelihatan sedangkan saya lengkap berpakaian pengantin dengan rombongan lima kereta membawa hantaran,” kata Nurr Fahmy Abu Samah, 28.

Nurr Fahmy, inspektor polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah dekat sini, mendakwa dia dijadual diakad nikah dengan Lan Koperal Wan Azura Wan Ahmad, 28, di Masjid Jamek Kampung Gial, Arau, Perlis, pada 1 Januari lalu, diikuti majlis persandingan di rumah pengantin perempuan keesokannya.

Majlis kenduri pihak lelaki pula ditetapkan 10 Januari lalu di sebuah hotel di Sungai Petani.

Wan Azura bertugas di sebuah balai polis di Subang Jaya, Selangor.

Nurr Fahmy berkata, anggota rombongannya terpinga-pinga apabila ketibaan mereka tiada disambut sesiapa sama ada di masjid atau rumah bakal pengantin perempuan. “Majlis pernikahan dijadualkan pada jam 10 pagi dan kami tiba di masjid jam 9.45 pagi, tapi mendapati tiada sesiapa di situ. Hampir setengah jam menunggu, bakal isteri menelefon dan meminta saya dan rombongan ke rumahnya.

“Mengejutkan apabila kami dapati tiada persiapan dilakukan, malah hanya dia berseorangan di rumah dengan cuma berkain batik dan baju-T. Apabila ditanya ke mana ibu bapanya, dia kata tak tahu, sebaliknya mengajak saya berkahwin di Thailand.

“Selepas rasa tertipu, saya mengajak rombongan kembali ke hotel sebelum kami pulang ke rumah ibu angkat di Sungai Petani,” kata anak ketiga daripada lima beradik itu.

Kejadian itu menyebabkan keluarga Nurr Fahmy membuat dua laporan di Balai Polis Bukit Mertajam pada 12 Januari lalu selain melaporkannya kepada Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia untuk tindakan susulan.

Nurr Fahmy berkata, dia bingung dan tidak tahu mengapa Wan Azura yang dikenali sejak tiga tahun lalu sanggup bertindak demikian dan lebih mengecewakan tergamak membohonginya.

“Beberapa saudara saya di Perlis yang menyiasat selepas kejadian itu kemudian memberitahu bahawa pernikahan saya tidak dapat dijalankan kerana Wan Azura sebenarnya sudah berkahwin dan masih isteri orang.

“Kenyataan ini amat mengecewakan kerana sebelum ini dia mendakwa masih bujang.

“Tiga tahun berkawan selepas mengenalinya di Kuala Lumpur, dia tidak menunjukkan sebarang tanda atau dokumen bahawa dia isteri orang atau sudah ada kekasih,” katanya.

Nurr Fahmy yang kini masih bercuti sempena ‘majlis perkahwinan tak jadi itu’ berkata, wang RM25,000 yang diperuntukkan untuk majlis berkenaan lebur begitu saja.

“Daripada jumlah itu, RM15,000 adalah wang yang saya keluarkan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana sebelum ini saya bekerja di sebuah syarikat swasta dan kini bertukar kepada skim pencen.

“Jumlah berkenaan digunakan untuk membuat perbelanjaan seperti membeli cincin, hantaran, wang hantaran RM8,008, mas kahwin RM1,331 serta kos Wan Azura membeli tiga ekor lembu berjumlah RM5,000,” katanya.

Sementara itu, kakaknya, Zainuha, 35, berkata mereka sekeluarga malu apabila diperlakukan sedemikian selain sedih dengan nasib menimpa adik lelaki bongsunya.

Katanya, masalah perkahwinan itu mula timbul akhir Disember lalu apabila kad perkahwinan pasangan berkenaan tidak siap seperti dijanjikan.

“Pernikahan mereka ditetapkan 1 Januari dan bersanding di rumah perempuan 2 Januari. Tetapi pada 30 Disember lalu, Wan Azura membawa balik kad kahwin yang tidak siap dengan mendakwa ada masalah percetakan.

“Kami sekeluarga terkejut kerana sebelum ini dia bersungguh-sungguh mahu menguruskan sendiri majlis perkahwinannya tanpa meminta bantuan sesiapa termasuk keluarganya,” katanya.

Zainuha berkata, dia juga hairan mengapa Wan Azura mengajak Nurr Fahmy berkahwin di Thailand sedangkan adiknya tidak mempunyai sebarang masalah.

“Adik saya kata, sebagai pegawai polis dia tidak mahu menimbulkan masalah terhadap kerjayanya, malah dia ikhlas untuk mengahwini Azura,” katanya.

Berikutan tidak puas hati dengan tindakan kejadian itu, Zainuha membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT di Bandar Perda dekat sini, Selasa lalu, diikuti laporan ibunya, Zainab Saad, 56, yang mahu menuntut ganti rugi RM25,000.

Sementara itu, Zainab berkata dia sanggup berhabis hampir RM5,000 untuk membeli cincin buat bakal menantunya sebagai pemberian ikhlas pada majlis perkahwinan pasangan berkenaan.

“Saya gembira dan tak sabar menerima menantu dan tak sangka kejadian ini berlaku,” katanya sedih.

--------------------------------------------------------------------

helanghijau: MasyaALLAH.. apa nak jadi dengan dunia sekarang ni.. kalau dulu-dulu selalu kita dengar lelaki pasang 2-3 cawangan, tapi sekarang perempuan pun pun buat juga. mengaku bujang pula tu.. sebenarnya aku tak hairan semua ni terjadi, ye lah, kalau tengok keliling pun dah banyak perempuan-perempuan sekarang ni yang pasang 2-3 masa bercinta aka belum kahwin. jadi bila dah kahwin terbawa-bawa perangai lama agaknya.. Rosak masyarakat macam ni... tapi pada aku ni sebilangan kecil je yang berkelakuan begini tapi bukanlah susah nak jumpa.. cube perhati kawan-kawan korang. mesti ade seorang dua yg perangai camni... ada banyak sebab boleh jadi macam ni.. mungkin sebab utama adalah "duit".. semoga kita emua dijauhkan dari perkara-perkara seperti ni.. InsyaALLAH...

moral: Berkawan biar beribu, berKASIH biar SATU...

Tuesday, January 12, 2010

Alam Baru..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. permulaan yang baik buat aku pada tahun ni.. semalam dapat 'call' dr Isuzu menyatakan aku berjaya dalam interbiu minggu lepas. Kemudian pejabat ECER plak telefon suruh isi borang.. Katanya ada kena-mengena dengan jawatan aku tu.. Jadi sekarang ni aku 'confuse' pasal status jawatan aku di isuzu tu, samada tetap atau pn training sahaja.. apa-apa pun kena tunggu masa lapor diri nanti la baru tahu jawapannya.

Aku kena lapor dir 18hb nanti.. hari yang sama zamri pun lapor diri untuk kerja di klang.. maknanye kami start kerja hari yang sama. hihihihihihi..

hrmm.... tamat sudah hidup penanam anggur.. skang jadi orang bekerja dah.. hihihihi.. kena tumpu untuk kejar matlamat seterusnya sebelom bulan enam..

sekian..

Sunday, January 3, 2010

Isu-Isu Panas awal tahun 2010

Assalamualaikum WBT..

Tahun baru 2010 baru sahaja berusia beberapa hari, tapi kita telah dikejutkan dengan pelbagai isu yang penuh dengan kontoversi terutamanya isu pengunaan Kalimah "ALLAH" oleh golongan bukan islam seperti yang diputuskan oleh mahkamah tinggi pada hari terakhir tahun 2009. Bermacam-macam reaksi yang diberikan, ramai yang menentang dan tidak kurang pula yang menyokong. Ada yang mengeluarkan Nas-nas yang menyokong pendapat masing sama ada dari AL-QURAN ataupun Hadis. Terdapat juga mereka-mereka yg mengkaji perbandingan agama mengeluarkan fakta-fakta dari "Old Testament". Yang pakar dalam perundangan membicarakan dari perskpektif undang-undang tentang sangkut-paut perkara 11 dan perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Masing-masing punya pendapat sendiri..

Juga terdapat kumpulan-kumpulan yang diwujudkan di dalam laman sosial facebook untuk mengumpulkan ahli-ahli yang menentang keputusan ini. Tetapi, apa yang menyedihkan, di dalam isu ini, saya dapat lihat kita masih belum bersatu padu untuk mencari jalan penyelesaian. kumpulan yg diwujudkan untuk mencari buah fikiran menjadi tempat segilintir pihak mengaitkan ideologi politik dalam perkara ini. satu pihak menyalahkan pihak yang lain. Isu ini sangat besar,saya yg masih cetek ilmu tidak ingin membicarakan hal ini secara lebih lanjut, kerana lebih berminat membaca pandangan dan pendapat pihak-pihak lain yang lebih arif. tetapi saya secara peribadi tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah itu.

Isu kenaikan Harga.

Pada 1 Januari 2010, telah berlaku kenaikan harga pada dua barangan di pasaran iaitu harga rokok dan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram. Pada pendapat saya kenaikan harga gula ini adalah kecil dan tidak dirasai kerana gula bukanlah digunakan sehingga 2-3 kg sehari. Peniaga juga sepatutnya tidak menaikkan harga makananatau minuman dengan menggunakan alasan harga gula naik.. sebagai contoh, Adalah tidak masuk akal jika harga secawan teh tarik dinaikkan sebanyak 10 sen. 2 cawan teh tarik yang dijual dapat menampung kenaikan harga untuk 1kg gula. Untunglah peniaga minuman begini, pelanggan pula terbeban.. peniaga harus mencari alternatif lain untuk menyerap kenaikan harga gula ini seperti mengurangkan kandungan gula dalam minuman. Tentang harga rokok saya tidak mahu ulas kerana saya tidak merokok dan saya dapati walaupun harga rokok dinaikkan, perokok tetap membelinya juga.