Sunday, February 7, 2010

Belasungkawa : ADIK yg disayangi (1997-2010)

Assalamualaikum WBT..

Bismillahhirrahmanirrahim....

Lama jugak aku tak menulis dalamni.. buka apa.. tiada perasaan nak menulis.. penat pun satu hal, malas pun satu hal.. aku ingat nak ceritakan pasal kerja-kerja aku tiap-tiap hujung minggu bermula minggu ke-2.. tapi apakan daya ada perkara yang tidak dijangka berlaku. jadi aku terus tak dapat menulis.

Untuk pengetahuan anda semua, hari ni, 7hb feb, genap seminggu pemergian adik bongsu yang aku kasihi mengadap Ilahi.. semuanya suratan takdir dan aku terima dengan redha.. ingin aku beritahu disini bahawa aku tidak dapat memberi sebab yang jelas punca kejadian kerana kami sendiri tidak dapat mengetahuinya. Doktor juga tak dapat mengesahkan puncanya.Adik adalah anugerah untuk kami sekeluarga, adik lahir dengan penyakit hydrocheplus(lebihan air dalam kepala) tetapi kepala adik tidak lah besar seperti yang sealu anda lihat dalam televisyen kerana doktor telah memasang vp shunt di kepala adik untuk mengalirkan lebihan air tersebut ke badan untuk dikumuhkan secara normal. doktor ada maklumkan yang adik mungkin xlama, dalam beberapa bulan je. tapi alhamdulillah adik dapat hidup sehingga umur mencecah 12tahun 6 bulan.Adik juga mengalami kurang upaya anggota, dia tidak lumpuh.. tetapi tidak dapat berdiri lama kerana ruas tulang belakangnya tak cukup satu. walaubagaimanapun
adik masih boleh berdiri dan berjalan dengan bantuan tongkat(tetapi tidak lama) jadi adik bergerak di sekolah dengan menggunakan kerusi roda, ini lebih mudah baginya.. kat sini aku nak ceritakan kronologi adik sakit..

21 Jan 2010 (khamis)

harini hari ke-4 aku bekerja, waktu subuh aku dengar adik dah membebel2 atas katis, merapu2.. aku xbuka lampu, selepas mandi dan selesai bersiap aku buka lampu nak mencari wallet aku, aku tengok adik terduduk atas katil dan muntah, aku panggil ma suruh tengok adik, adik cuti harini, sebab ada temujanji dgn doktot di HTAA. Lepas aku balik kerja, abah bagitau adik kena duduk wad tuk satu malam untuk pemantauan doktor
dan dijangka boleh balik pada hari esok.

22 Jan 2010 (jumaat)

adik dah discharge harini, tapi di masih lemah, doktor xtau punca, semua pemeriksaan mendapati adik ok. adik dirujuk ke HKL pada hari isnin..

25 Jan 2010 (isnin)

Ma, abah dgn pak tam bwak adik ke HKL, doktor kata adik ok.. doktor bg PCM saja tuk tahan sakit.. masa adik balik tu die mmg penat dan muka xbermaya, aku ajak makan burger pn xmahu.

26 Jan (selasa)
aku balik kerja xde orang di rumah, tekejut aku bila jiran bagitau ma dengan abah bwak adik ke HTAA sbb adik xsedar.. aku segera memecut motorsikal ke HTAA, dalam hati dah pikir macam2 masa ni. bila sampai aku tgk adik sgt2 xbermaya, die diam je atas kerusi roda die.. doktor bagi ubat tahan sakit yang lebih kuat dan suruh balik dan pesan kalau ade ape2 bawa adik ke HTAA semula.

27 Jan (rabu)
harini adik nampak lebih sihat

28 Jan (khamis)

sakit adik datang balik, aki dgn engah datang dr kampung, aki jampi air untuk adik.. kalini adik makin teruk, die menjerit2 bila sakit. lpas minum sakit kepala, lepas makn sikit pun sakit kepala, malam ni 3x adik meraung sakit. kami semua tidur2 ayam je.. kesian sungguh adik tanggung sakit..

29 Jan (jumaat)

tgahari aku msg ma, ma cakap petang nnti nk bwak adik pergi HTAA semula.. lpas abis kerja aku xbuang masa dn terus balik rumah.. syam pn xkerja.. adik makin lemah dan duduk diam je atas wheelchair die,, kedengaran adik meraung masa dalam bilik doktor. adik admit ward.. kiambang 5c.. Lepas selesai adik masuk ward aku balik rumah kira2 jam 8.15 mlm..
angah(zamri) dgn nana akan sampai dr shah alam mlm ni.. pukul 12 ma bgtahu adik kena sawan dan meraung2..

30 Jan (sabtu)

pagi-pagi lagi ma telefon aku, ma menangis2.. aku dah xsedap hati.Ma kata adik xsedar. syam pulak dah pergi kerje. abah pergi jogging plak.. lepas abah balik aku suh nana dengan angah pergi hospital dengan abah.. aku pergi sendiri naik motor nanti.. xlama lepas tu zamri call minta ku datang segera, keadaan adik dah kritikal. aku bergegas ke hospital... adik memang dah xsedar, dah dipasang ventilator pun. Subhanallah, sedih sungguh tengok keadaan adik.. aku dah xdpt tahan air mata lagi, tewas juga aku kat hospital (aku xpasti dah berapa lama aku xmenangis sebelum ni).. kami maklumkan pada semua saudara mara.. dalam masa singkat ramai yang datang, semua menangis bile tgk adik mcm tu.. smpai satu tahap aku terpaksa tggu depan pintulif dan pesan pada saudara-mara yng nak menziarah adik supaya xmenangis, sbb kami nk xckap nk menangis dah.. bile kami tgk orng menangis kami pun jadi sedih semula. ustzah mengaji adik pun datang tgk adik. pendek kate semua mengis bile tgk adik macam tu.. seharian juga kami sekeluarga berkampung kat hospital.. kira jam 9mlm aku balik rumah dan siap2 hantar makanan pada ma dgn abah.. keadaan adik pada masa aku tinggalkan die x banyak berubah..
doktor pn xdpat ambil Bp dan bgtahu yg pulse pn lemah..

31 Jan 2010 (ahad)

Pagi ni ma telefon bagitahu yang dah bincang dengan pakar nak bawa adik balik, sebab harapan sangat tipis. jadi kami adik beradik dah faham ape yang mungkin berlaku.. aku dgn zamri serta aki( datuk aku) bergegas ke hospital.. aku suruh nana siapkan barang2 sebab kami akan balik ke pekan sebab adik akan dibawa kesana. sampai di hospital abah dgn pakcik din (CC pejabat MB) tgah selesaikan urusan nk bawa adik balik.. Syera dengan rose datag nk tgk adik.. rose tgah
kerja mase ni, tapi die dtang tgk sekejap. masa tgah uruskan nk bwak trun ni s/u sulit MB ade datang, menangis jugak beliau sbb tgk adik mcm tu. Ma dengan aki naik ambulan sampai ke kampung. aki ada bgtahu yang sepanjang perjalanan xde satu lampu isyarat pun yng warna merah.. semua warna hijau tuk laluan ambulans tu.. ni semua kuasa Allah.. ALLAH permudahkan segalanya untuk adik.. aku dgn angah balik rumah dulu untuk ambil nana dan menuju kampung.. kami mmg dah tau yg kami xkan sempat dgenan adik.. jd kami pasrah dan redha. sesmpai sahaja di kampung aku tgk orng dah menangis.. aku faham dah maknanye ape. Aku redha.. aku dekati jenazah adik, aku cium dahi adik. terdetik perasaan lega dalam hati aku kerana xperlu tengok adik tersiksa pakai ventilator dan mcm2 lg.. aki minta kami riba jenazah masa mamdi nnti, aku kata boleh..kami 3 beradik dgn paktam riba jenazah untuk dimandikan, masa ni lah airmata aku jatuh lagi, aku pangku bahagiaan dada adik, kesan mesin cpr tu jelas di dada adik( charge sampai 300), aku jd sebak mengenangkan kesakitan yg adik tanggung. risau juga ku masa mandi ni, ramai sangat sedare-mara yng masuk, aku takut roboh je bilik air ni, semua nk tolong, tapi ramai yang dapat tengok je sbb orng yg memandikan pn xdpt nk bergerak dgn mudah, cebok air pun passing2 je.. huhuhuhu.. Rezeki adik, semua nk ambil bahagian. lpas disolatkan aku ikut jenazah naik van ke kubur... aku tggu dan sambut keranda adik dalam lubang kubur.. aku nk buat ape yng aku boleh buat tuk adik selagi aku boleh. aku iringkan jenazah adik mengadap kiblat, tutup keranda, dan kubur pun dikambus.. sedikit demi sedikit keranda adik hilang dr pandangan.. aku dah x menangis masa ni, sbb aku rasa aku puas hati dpt uruskan jenazah adik.



------------------------------------------------------------------

walaupun adik ni istimewa, die seorang yg ceria dan suka ketawa, sebab tu semua sedara ber'kenan' sangat ke dia. itu yang ramai mengalirkan air mata. aku pohon sesiapa yang baca tulisan ni untuk sedekahkan Al-Fatihah untuk Allayarham Muhammad Taufiq bin Zainuddin (12.6.1997-31.1.2010).. semoga roh adik dicucuri rahmat.
Aku redha dengan segalanya..Alhamdulillah, syukur kerana dikurniakan dengan adik yang baik sepertinya.

"adik, adik pergilah dulu yer, nanti kami menyusul, tunggu kami di sana tau"........

Saturday, January 16, 2010

Apa nak jadi ni???

Tunangku isteri orang
Oleh Fuad Hadinata Yaacob, Zulfa Mohamad, Nor Husaini Nor Majid dan Rashidi Karim
am@hmetro.com.my

BUKIT MERTAJAM: “Saya berhabis sebanyak RM25,000 untuk majlis perkahwinan ini, tapi apabila sampai di rumah pengantin perempuan untuk majlis pernikahan, bakal isteri hanya berkain batik dan baju-T menyambut ketibaan rombongan kami.

“Lebih mengejutkan, rumahnya tiada tanda persiapan untuk majlis kenduri dan ahli keluarganya juga tak kelihatan sedangkan saya lengkap berpakaian pengantin dengan rombongan lima kereta membawa hantaran,” kata Nurr Fahmy Abu Samah, 28.

Nurr Fahmy, inspektor polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah dekat sini, mendakwa dia dijadual diakad nikah dengan Lan Koperal Wan Azura Wan Ahmad, 28, di Masjid Jamek Kampung Gial, Arau, Perlis, pada 1 Januari lalu, diikuti majlis persandingan di rumah pengantin perempuan keesokannya.

Majlis kenduri pihak lelaki pula ditetapkan 10 Januari lalu di sebuah hotel di Sungai Petani.

Wan Azura bertugas di sebuah balai polis di Subang Jaya, Selangor.

Nurr Fahmy berkata, anggota rombongannya terpinga-pinga apabila ketibaan mereka tiada disambut sesiapa sama ada di masjid atau rumah bakal pengantin perempuan. “Majlis pernikahan dijadualkan pada jam 10 pagi dan kami tiba di masjid jam 9.45 pagi, tapi mendapati tiada sesiapa di situ. Hampir setengah jam menunggu, bakal isteri menelefon dan meminta saya dan rombongan ke rumahnya.

“Mengejutkan apabila kami dapati tiada persiapan dilakukan, malah hanya dia berseorangan di rumah dengan cuma berkain batik dan baju-T. Apabila ditanya ke mana ibu bapanya, dia kata tak tahu, sebaliknya mengajak saya berkahwin di Thailand.

“Selepas rasa tertipu, saya mengajak rombongan kembali ke hotel sebelum kami pulang ke rumah ibu angkat di Sungai Petani,” kata anak ketiga daripada lima beradik itu.

Kejadian itu menyebabkan keluarga Nurr Fahmy membuat dua laporan di Balai Polis Bukit Mertajam pada 12 Januari lalu selain melaporkannya kepada Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia untuk tindakan susulan.

Nurr Fahmy berkata, dia bingung dan tidak tahu mengapa Wan Azura yang dikenali sejak tiga tahun lalu sanggup bertindak demikian dan lebih mengecewakan tergamak membohonginya.

“Beberapa saudara saya di Perlis yang menyiasat selepas kejadian itu kemudian memberitahu bahawa pernikahan saya tidak dapat dijalankan kerana Wan Azura sebenarnya sudah berkahwin dan masih isteri orang.

“Kenyataan ini amat mengecewakan kerana sebelum ini dia mendakwa masih bujang.

“Tiga tahun berkawan selepas mengenalinya di Kuala Lumpur, dia tidak menunjukkan sebarang tanda atau dokumen bahawa dia isteri orang atau sudah ada kekasih,” katanya.

Nurr Fahmy yang kini masih bercuti sempena ‘majlis perkahwinan tak jadi itu’ berkata, wang RM25,000 yang diperuntukkan untuk majlis berkenaan lebur begitu saja.

“Daripada jumlah itu, RM15,000 adalah wang yang saya keluarkan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana sebelum ini saya bekerja di sebuah syarikat swasta dan kini bertukar kepada skim pencen.

“Jumlah berkenaan digunakan untuk membuat perbelanjaan seperti membeli cincin, hantaran, wang hantaran RM8,008, mas kahwin RM1,331 serta kos Wan Azura membeli tiga ekor lembu berjumlah RM5,000,” katanya.

Sementara itu, kakaknya, Zainuha, 35, berkata mereka sekeluarga malu apabila diperlakukan sedemikian selain sedih dengan nasib menimpa adik lelaki bongsunya.

Katanya, masalah perkahwinan itu mula timbul akhir Disember lalu apabila kad perkahwinan pasangan berkenaan tidak siap seperti dijanjikan.

“Pernikahan mereka ditetapkan 1 Januari dan bersanding di rumah perempuan 2 Januari. Tetapi pada 30 Disember lalu, Wan Azura membawa balik kad kahwin yang tidak siap dengan mendakwa ada masalah percetakan.

“Kami sekeluarga terkejut kerana sebelum ini dia bersungguh-sungguh mahu menguruskan sendiri majlis perkahwinannya tanpa meminta bantuan sesiapa termasuk keluarganya,” katanya.

Zainuha berkata, dia juga hairan mengapa Wan Azura mengajak Nurr Fahmy berkahwin di Thailand sedangkan adiknya tidak mempunyai sebarang masalah.

“Adik saya kata, sebagai pegawai polis dia tidak mahu menimbulkan masalah terhadap kerjayanya, malah dia ikhlas untuk mengahwini Azura,” katanya.

Berikutan tidak puas hati dengan tindakan kejadian itu, Zainuha membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT di Bandar Perda dekat sini, Selasa lalu, diikuti laporan ibunya, Zainab Saad, 56, yang mahu menuntut ganti rugi RM25,000.

Sementara itu, Zainab berkata dia sanggup berhabis hampir RM5,000 untuk membeli cincin buat bakal menantunya sebagai pemberian ikhlas pada majlis perkahwinan pasangan berkenaan.

“Saya gembira dan tak sabar menerima menantu dan tak sangka kejadian ini berlaku,” katanya sedih.

--------------------------------------------------------------------

helanghijau: MasyaALLAH.. apa nak jadi dengan dunia sekarang ni.. kalau dulu-dulu selalu kita dengar lelaki pasang 2-3 cawangan, tapi sekarang perempuan pun pun buat juga. mengaku bujang pula tu.. sebenarnya aku tak hairan semua ni terjadi, ye lah, kalau tengok keliling pun dah banyak perempuan-perempuan sekarang ni yang pasang 2-3 masa bercinta aka belum kahwin. jadi bila dah kahwin terbawa-bawa perangai lama agaknya.. Rosak masyarakat macam ni... tapi pada aku ni sebilangan kecil je yang berkelakuan begini tapi bukanlah susah nak jumpa.. cube perhati kawan-kawan korang. mesti ade seorang dua yg perangai camni... ada banyak sebab boleh jadi macam ni.. mungkin sebab utama adalah "duit".. semoga kita emua dijauhkan dari perkara-perkara seperti ni.. InsyaALLAH...

moral: Berkawan biar beribu, berKASIH biar SATU...

Tuesday, January 12, 2010

Alam Baru..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. permulaan yang baik buat aku pada tahun ni.. semalam dapat 'call' dr Isuzu menyatakan aku berjaya dalam interbiu minggu lepas. Kemudian pejabat ECER plak telefon suruh isi borang.. Katanya ada kena-mengena dengan jawatan aku tu.. Jadi sekarang ni aku 'confuse' pasal status jawatan aku di isuzu tu, samada tetap atau pn training sahaja.. apa-apa pun kena tunggu masa lapor diri nanti la baru tahu jawapannya.

Aku kena lapor dir 18hb nanti.. hari yang sama zamri pun lapor diri untuk kerja di klang.. maknanye kami start kerja hari yang sama. hihihihihihi..

hrmm.... tamat sudah hidup penanam anggur.. skang jadi orang bekerja dah.. hihihihi.. kena tumpu untuk kejar matlamat seterusnya sebelom bulan enam..

sekian..

Sunday, January 3, 2010

Isu-Isu Panas awal tahun 2010

Assalamualaikum WBT..

Tahun baru 2010 baru sahaja berusia beberapa hari, tapi kita telah dikejutkan dengan pelbagai isu yang penuh dengan kontoversi terutamanya isu pengunaan Kalimah "ALLAH" oleh golongan bukan islam seperti yang diputuskan oleh mahkamah tinggi pada hari terakhir tahun 2009. Bermacam-macam reaksi yang diberikan, ramai yang menentang dan tidak kurang pula yang menyokong. Ada yang mengeluarkan Nas-nas yang menyokong pendapat masing sama ada dari AL-QURAN ataupun Hadis. Terdapat juga mereka-mereka yg mengkaji perbandingan agama mengeluarkan fakta-fakta dari "Old Testament". Yang pakar dalam perundangan membicarakan dari perskpektif undang-undang tentang sangkut-paut perkara 11 dan perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Masing-masing punya pendapat sendiri..

Juga terdapat kumpulan-kumpulan yang diwujudkan di dalam laman sosial facebook untuk mengumpulkan ahli-ahli yang menentang keputusan ini. Tetapi, apa yang menyedihkan, di dalam isu ini, saya dapat lihat kita masih belum bersatu padu untuk mencari jalan penyelesaian. kumpulan yg diwujudkan untuk mencari buah fikiran menjadi tempat segilintir pihak mengaitkan ideologi politik dalam perkara ini. satu pihak menyalahkan pihak yang lain. Isu ini sangat besar,saya yg masih cetek ilmu tidak ingin membicarakan hal ini secara lebih lanjut, kerana lebih berminat membaca pandangan dan pendapat pihak-pihak lain yang lebih arif. tetapi saya secara peribadi tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah itu.

Isu kenaikan Harga.

Pada 1 Januari 2010, telah berlaku kenaikan harga pada dua barangan di pasaran iaitu harga rokok dan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram. Pada pendapat saya kenaikan harga gula ini adalah kecil dan tidak dirasai kerana gula bukanlah digunakan sehingga 2-3 kg sehari. Peniaga juga sepatutnya tidak menaikkan harga makananatau minuman dengan menggunakan alasan harga gula naik.. sebagai contoh, Adalah tidak masuk akal jika harga secawan teh tarik dinaikkan sebanyak 10 sen. 2 cawan teh tarik yang dijual dapat menampung kenaikan harga untuk 1kg gula. Untunglah peniaga minuman begini, pelanggan pula terbeban.. peniaga harus mencari alternatif lain untuk menyerap kenaikan harga gula ini seperti mengurangkan kandungan gula dalam minuman. Tentang harga rokok saya tidak mahu ulas kerana saya tidak merokok dan saya dapati walaupun harga rokok dinaikkan, perokok tetap membelinya juga.

Wednesday, December 30, 2009

Lembaran 2009 ditutup, Membuka Lembaran 2010

Assalamualaikum WBT...

Apa khabar semua? Rasanya sudah lama tidak menulis sesuatu di laman blog kepunyaan saya ini. Sebenarnya saya masih belum mahu menulis semula, tetapi memandangkan tahun akan berinjak dalam beberapa hari lagi, perlu rasanya saya menulis sesuatu. Sebagai kenangan untuk diri sendiri apabila 'entri' ini dibaca pada masa depan..

Atas sebab apa saya membuat keputusan untuk tidak menulis di blog ini biarlah saya pendamkan sahaja..tidak perlu ditanya apa sebabnya.. lagi pun, berapa kerat sahaja yang membaca blog saya ini.. tidak membawa sebarang beza jika saya menulis atau tidak. saya menulis blog ini sekadar suka-suka untuk meluahkan apa yang terbuka di dalam hati..

Lembaran 2009 ditutup.

Sedar atau tidak tahun 2009 telah hampir melabuhkan tirainya.. Sekejap benar rasanya.. Apa yg telah saya capai dalam tahun 2009? apa yang pasti satu azam 2009 saya telah dibawa ke tahun 2010 kerana belum tercapai.. Banyak perkara yang telah saya alami pada tahun 2009 ni, baik suka mahupun duka.. tetapi pengakhiran 2009 lebih kepada duka(emosi).. walaubagaimanapun perkara-perkara gembira juga berlaku kepada diri saya seperti saya telah berjaya menamatkan pengajian dan telah bergraduasi pada bulan oktober. Tahun 2009 jug alebih relaks berbanding tahun sebelumnya.

Membuka Lembaran 2010.

Tanggal 1 januari maka genaplah umur telefon bimbit Nokia 3110c yg ke-2 dan juga genaplah 2 tahun saya memegang status saya sekarang. Boleh 'skip' x tarikh ini.. hihihihihi.. Banyak perkara yang saya nantikan pada tahun 2010. Antaranya sainagn sukan permotoran F1, pasti menarik. Banyak juga perkhabaran tentang kawan-kawan yang akan menirikan masjid. Alhamdulillah, sudah sampai jodoh mereka, saya sebagai rakan mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan mereka. Jika diizinkan ALLAH SWT, sy pasti menghadiri jemputan walimatul urus kalian semua.

Kepada bakal-bakal guru yang akan memulakan tugas minggu depan, bertugaslah dengan ikhlas walaupun anda ditempatkan didalam hutan waima pulau terpencil sekalipun.. Didoakan yg terbaik untuk anda semua.

Azam tahun baru saya? tidak perlu digembar-gemburkan, apa yang penting 'less talk, more action', itu lebih baik. tetapi apa yang pasti ada azam 2009 yang dibawa ke tahun 2010. sila lihat sini.

sekian terima kasih.. semoga berjumpa di edisi akan datang

Wassalam....