Wednesday, December 30, 2009

Lembaran 2009 ditutup, Membuka Lembaran 2010

Assalamualaikum WBT...

Apa khabar semua? Rasanya sudah lama tidak menulis sesuatu di laman blog kepunyaan saya ini. Sebenarnya saya masih belum mahu menulis semula, tetapi memandangkan tahun akan berinjak dalam beberapa hari lagi, perlu rasanya saya menulis sesuatu. Sebagai kenangan untuk diri sendiri apabila 'entri' ini dibaca pada masa depan..

Atas sebab apa saya membuat keputusan untuk tidak menulis di blog ini biarlah saya pendamkan sahaja..tidak perlu ditanya apa sebabnya.. lagi pun, berapa kerat sahaja yang membaca blog saya ini.. tidak membawa sebarang beza jika saya menulis atau tidak. saya menulis blog ini sekadar suka-suka untuk meluahkan apa yang terbuka di dalam hati..

Lembaran 2009 ditutup.

Sedar atau tidak tahun 2009 telah hampir melabuhkan tirainya.. Sekejap benar rasanya.. Apa yg telah saya capai dalam tahun 2009? apa yang pasti satu azam 2009 saya telah dibawa ke tahun 2010 kerana belum tercapai.. Banyak perkara yang telah saya alami pada tahun 2009 ni, baik suka mahupun duka.. tetapi pengakhiran 2009 lebih kepada duka(emosi).. walaubagaimanapun perkara-perkara gembira juga berlaku kepada diri saya seperti saya telah berjaya menamatkan pengajian dan telah bergraduasi pada bulan oktober. Tahun 2009 jug alebih relaks berbanding tahun sebelumnya.

Membuka Lembaran 2010.

Tanggal 1 januari maka genaplah umur telefon bimbit Nokia 3110c yg ke-2 dan juga genaplah 2 tahun saya memegang status saya sekarang. Boleh 'skip' x tarikh ini.. hihihihihi.. Banyak perkara yang saya nantikan pada tahun 2010. Antaranya sainagn sukan permotoran F1, pasti menarik. Banyak juga perkhabaran tentang kawan-kawan yang akan menirikan masjid. Alhamdulillah, sudah sampai jodoh mereka, saya sebagai rakan mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan mereka. Jika diizinkan ALLAH SWT, sy pasti menghadiri jemputan walimatul urus kalian semua.

Kepada bakal-bakal guru yang akan memulakan tugas minggu depan, bertugaslah dengan ikhlas walaupun anda ditempatkan didalam hutan waima pulau terpencil sekalipun.. Didoakan yg terbaik untuk anda semua.

Azam tahun baru saya? tidak perlu digembar-gemburkan, apa yang penting 'less talk, more action', itu lebih baik. tetapi apa yang pasti ada azam 2009 yang dibawa ke tahun 2010. sila lihat sini.

sekian terima kasih.. semoga berjumpa di edisi akan datang

Wassalam....

Saturday, October 31, 2009

BEREHAT............................




Assalamualaikum....

mmg lame aku dah xupdate blog ni.. sesungguhnya aku xtau nk tulis ape dan xbersamangt nk menulis.. jd aku ambil keputusan untuk berehat dr dunia blog.. xtau la smpai bile.. mgkin smpai tahun dpan... Akhir kata, aku tinggalkan beberapa kata2 untuk kita pikir2 kn....

"Tidak semua lelaki itu jahat, dan tidak semua perempuan itu baik
"Dalam setandan pisang, tidak semuanya busuk/buruk"

Sunday, September 27, 2009

LOVE vs MARRIAGE..............

Antara cinta dan Perkahwinan....


Satu hari, Plato bertanya pada gurunya, “Apa itu cinta? Bagaimana saya boleh menemukannya? Gurunya menjawab,”Ada ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh mundur kembali, kemudian ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, ertinya kamu telah menemukan cinta”.

Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun. Gurunya bertanya, “Mengapa kamu tidak membawa satupun ranting?” Plato menjawab, “Aku hanya boleh membawa satu saja, dan masa berjalan tidak boleh mundur kembali (berbalik). Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tak ku ambil ranting tersebut. Ketika ku melanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru kusedari bahawasanya ranting-ranting yang ku temukan kemudian tak sebaik dan secantik ranting yang tadi, jadi tak ku ambil sebatang pun pada akhirnya” Gurunya kemudian menjawab “Jadi itulah yang dikatakan cinta”


Pada hari yang lain, Plato bertanya lagi pada gurunya, “Apa itu perkawinan? Bagaimana saya boleh menemukannya?” Gurunya pun menjawab “Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah tanpa boleh mundur kembali (menoleh) dan kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, kerana ertinya kamu telah menemukan apa itu perkawinan” Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar/subur, dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa-sederhana saja, tidak terlalu lurus batangnya. Gurunya bertanya, “Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?” Plato pun menjawab, “Sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong. Jadi dikesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan ku rasa tidaklah buruk sangat, jadi ku putuskan untuk menebangnya dan membawanya ke sini. Aku tidak mau menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya” Gurunya pun kemudian menjawab, “Dan itulah yang dikatakan perkahwinan”


Oleh itu carilah cinta dan dapatkan perkahwinan. Kerana kita tidak mungkin memperoleh sebenar seperti yang kita impikan. Hidup ini hanya kesempatan yang sedikit dan sementara. Tidak mungkin akan terpenuhi segala yang kita mahu. Terimalah seadanya apa yang Allah dah tentukan untuk kita..


helanghijau: cite ni aku pnah baca dulu, tp xingat kat mana.. yg ni aku amik kat sini.. byk moral cite ni.. bila mencari cinta, msti kita mencari yg terbaik kononnya, tapi kesudahannye, xde ape2 lngsng....

Friday, September 25, 2009

L..O..V..E..!!

If you LOVE and miss that PERSON,
then LOVE can COME AGAIN when u meet again,
JUST like playing HIDE AND seek,
no MATTER where it HIDES or even u CANT see it,
it must be WAITING at some place for YOU,
AMID the countless CHAOS.....

just like the SINCERE prayers of LOVE...
the people IN LOVE will surely MEET AGAIN...........

Thursday, September 17, 2009

Edisi Khas: Tribute to Arwah Naufal Mat Nah ( 1986-2009)

Salam semua..

ini entri ke-2 aku dlam blan ni yg membawa perkhabaran sedih... Juga mengenai kematian yg disebabkan oleh kemalangan jalan raya... sedih sgguh aku.. dalam suasana dkat nk raya, ada kwan sekolah aku yg telah menyahut panggilan Ilahi.. Ya, benar.. ajal tidak mengenal masa... sesungguhnya Allah lebih mengetahui segalanya... seperti entri aku sebelom ni.... aku nk pesan kepada semua termasuk aku sndri.. berhati2 di jalan raya... xnk ckp byk, entri sblom ni dah pjng aku citer..

Allahyarham Naufal:
Arwah ni kwan mase aku sekolah SMKAP kat muadzam dulu dr Form 1-3.. walaupon bkan same clas dgn aku tp sbb batch xramai dan duk asrama, jd mmg knal la, lgpun die kelas dgn zamri....arwah ni pd aku baik, kuat agamanya.. mmg particular bab wudhu dgn solat.. amik wudhu pon lame... nk angkat takbir pun lame.. nk sempurna.. rajin nasihatkan orang.. xpnah ckap kasar2... arwah meninggal akibat kemalangan jalan raya pd 15september kalau xsilap.. kejadian berlaku di perlis... aku dah lame xkontek die.. tp ade gak baru ni bertegur sape kat laman sosial friendster.. xsangka pulang arwah pergi dulu.... semoga Rohnya ditempatkan di kalangan orang yg beriman dah soleh....... Amiinnn... Al-fatihah.....

Tuesday, September 1, 2009

Benarkah Pernyataan2 berikut?

Disebabkan aku xde keje, maka sgt rajin la aku surf internet.. maka sedang usha2 mcm2 jenis blog aku terjumpa kandungan berikut yg dimuatkan di sini:


"Perempuan suka :

- lelaki yang gagah – selalu pegi workout kat gym
- pandai bersukan – bola, basket, ragbi etc.
- bijak pandai – CPGA mesti sentiasa atas 3.5
- ada kerja – dining hall, hotel, library etc.
- ada kereta – especially sports car tak kisah la tahun bila
- pandai jamming – guitar, bass, drum, keyboard etc.
- pandai buat lawak expecially dpn pompuan
- tau jalan2 dekat US ni – boleh lead bila pegi travel
- pandai programming – bleh buat website lawa2
- walaupon rock tapi alim2 sket – bleh lead solat jemaah
- berambut pendek dan kemas
- tak terlalu clean shaved – tinggal la sket janggut in vertical line..macho siot
- wangi – pandai pilih perfume
- hadiahkan bunga – even sekuntum rose je
- selalu hadiahkan teddy bear – kalo kecik bagi banyak2, kalo besar satu je
- ingat birthday awek – tak lupa bagi hadiah best2
- pandai amik ati mak and abah awek
- sanggup teman awek shopping – biarpon berjam-jam
- bleh bagi pendapat bila awek Tanya “awak, tudung wardina ni sesuai tak dgn saye?”
- bila cakap dlm phone, let women do the talking – lepas tu kasi komen

Perempuan tak suka :

- lelaki yang lemah – kurus, tak workout
- tak terer bersukan – petang2 tak kuar main, dok umah je
- study asyik kantoi – dok struggle nak kekalkan CGPA atas 2.0
- malas cari kerja – harap duit sholar je
- takde keta – pegi memane tumpang keta orang atau naik bas
- tak minat muzik langsung – tak leh sembang pasal rock bands
- takde sense of humor – org buat lawak die blur je
- takde life – tak gi jenjalan memane and tak tau tempat sekeliling
- tak celik IT – buat website guna frontpage pon kantoi
- asyik enjoy siang malam – tak ingat mati
- rambut serabai – panjang dan tak terurus
- kuat sangat isap rokok – sekali-sekala takpe la kot
- badan berbau – malas mandi
- tak romantic – bila awek mintak berkali-kali baru nak bagi bunga
- jarang hadiahkan teddy bear -
- wish happy birthday seminggu lewat – kuat lupa
- dah bertahun couple – tak pernah jumpa parents awek
- bagi alasan bila diajak pegi shopping
- asyik jawab “tak kisah” bila orang tanya pendapat dia
- bila borak on the phone, die pulak yg pot-pet lebey2"

Helanghijau: aku nk mintak pembaca2 dr golongan wanita seperti pae, aneem, Mcla, syera, dan sape2 saje untuk tolong verify pernyataan diatas.. hahahaha..

Kejadian pg Merdeka (52th)

gggrrrrr...ggggrrrrrr......gggggrrrrrrrr(vibrate hs)...

lelaki: Hello..
wanita: Hello.. weh, aku ni.. ko knal x??
lelaki: knal... ha ape citer??
wanita: ko kat mane? dh keje blom?
lelaki: aku kat umah kat kuantan.. blom keje lg... mlas lak.. tggu pas raya la.. ko kat mane ni??
wanita: aku kat ofis aku ni..
lelaki: uit, hari merdeka pon kerja??
wanita: ha ah.. kene bukak coldstorage ni, aku kn merangkap branch manager.. bestnye jd ko.. dpt tdo .. hahhaha.

Perbualan diteruskan dgn topik2 yg biasa2 hinggalah..

wanita: weh..
lelaki: ape die?
wanita: happy becoming birthday!!
lelaki: uit, lambat lg.. awal benor ko wish nyer..
wanita: ala, nnti aku bizy lupe n xsmpat nnti..
lelaki: weh, sebulan lg la...
wanita: eh, 2hb oct kn?? ha ah la.. aku ingt 2hb sept.
lelaki: nampak sgt xingat birthday aku..
wanita:sory2...


Helanghijau: kisah yg diceritakan adalah kisah benar... seberapa prihatin kah kita terhadap orng2 di sekeliling kita?? adakah kita mengetahui tarikh lahir orng yg kita anggap sbgai kwan baik kita?? fikirkan............

Friday, August 28, 2009

Kejadian Pd 3 Ramadhan

Tempat: Depan Jabatan Rehablitisi HKL
Masa: kira2 jam 9.45 pg
Tarikh: 24 ogos 2009
Pelakon: Guard Wanita1(GW1), Guard wanita2(GW2), Perempuan india(PI), Lelaki india (LI)
Pemerhati: Pemuda Melayu(ZAKI), Perempuan cina (PC), Lelaki Cina (LC)

ZAKI baru tiba di Jbtn Rehablitasi bersama ibunya smbil2 menolak wheelchair adiknya dr klinik neurologi HKL.. ibunya terus masuk mendaftar bersama adiknya.. ZAKI yg sudah hampir 24jam tidak tidur mengambil keputusan untuk duduk diluar sahaja sambilo membaca surat khabar.. berhampiran ZAKI kedapatan seorang PC yg mundar mandir menunggu anak atau suaminya mungkin..

Tiba-tiba:

GW1: xboleh parking sini...
PI: itu oku punya tmpat bukan..??
GW1: yelah.. u bkan oku.. nnti oku datang mau parking saya mau ckap apa??
PI: bkan sy lah.. dia la ( smbil menunjuk ke arah seorang LI yg tempang baru nk masuk daftr)

keadaan mencadi makin kecoh... GW2 mula menhampiri kereta kancil tersebut, LC juga datang di sebelah isterinye untuk memantau keadaan.. ZAkI juga sudah mula berdiri memerhati keadaan.. LI yg tempang itu mula kembali ke arah keretanya apabila melihat isterinya x dibenarkan parking smbil melaung2 kearah GW1 dan GW2--------> EEEEEE.. AMMA,,, AMMA... LI juga menunjuk2 kan kakinya yg tempang itu dgn hasrat memberitahu die oku, layak parking dkat siti... keadaan makin kecoh, LI berckap mggunakan bahasa tamil dgn GW1. PI ckap gune bahasa melayu rojak dgn Bahasa inggeris... ZAKI sudah ilang sabar.. mahu shaja die campur tangan.... tdak masuk akal lgsung, berbicara menggunakan bahasa yg masing2 tdak faham, ibarat ayam berckap dgn itik....

keadaan kembali terkawal setelah ramai yg melihat keadaan itu.. PI parking kat tmpat yg x boleh parking.. lantau kau la, kene lggar padan muke.... LI masuk smula ke klinik sambil mngomel2 dalam bahasa tamil.....


Helanghijau: sakit jiwa melihat keadaan ni.... mmg la die oku, tp nk parking kat tpat oku, ltak la salinan kad oku, ni nk main redah je.. lg satu bahasa.. apa jadah ckp bahasa tamil dgn orng melayu.... agak2 la ckit..... DAh 52 thn merdeka, kenapa masih xley berbahasa melayu???... aku pon naik heran. ade orng2 tggi politik yg xfasih berbahasa melayu, tp ada juga yg bagus... aku mmg tabik kat pemimpin2 politik bkan melayu yg mampu menguasai bahasa melayu... aku dgn ini meyokong konsep 1 sekolah untuk semua demi 1 Malaysia.... hapuskan sekolah vernakuler( aku pelik camni diorang bley dapat A untuk Subjek BM tp xley ckap BM)....

Quote dari FaceBook McLA.......

" in life, ALLAH doesn't give you the person you want, instead he gives you the person you need... to love you... hurt you and teach you the real meaning of life..."

Tuesday, August 25, 2009

Dunia InI IbaraT.......

Dunia kita ni ibarat pentas.. btol x?? kita plak jd pelakon.... perjalanan idop kita lak ibarat skripyg telah ditentukan.. masing2 jd hero /heroin sbb skrip kite sume lain2... kadang2 skrip yg same berulang2 kali jd kat kita.. ... tepikir juga, mengapa skrip ni berulang kali jd pada diri kita... sekurang-kurangnye kita dah tau ape nk wat.. dan yg paling penting, kita kene yakin setiap yg berlaku pasti ada hikmahnye..

Dunia ni pon ibarat Roda.. sekejap di atas, sekejap di bawah..... jgn la kita wat jahat pd orng, suatu hari nnti msti kene kat batang hidung kita balik.. xcaye?? cube try.....

Dunia ni ibarat supermarket or kedai baju.. ngape aku cakap camtu? kalo korng nk g beli barang(baju la contohnye) msti korng nk cr yg terbaik tuk diri korang kan?? macam brader Rosyam Nor pilih Iqbal Mazlan jd Juara Pilih Kasih( die rase iqbal ni terbaik tu jd hero filem die).hehehhe.. Semua orng nk cr yg terbaik, keje yg terbaik la, pasangan yg terbaik la...tp xsemestinye yg terbaik tu hak milik kita, dan x semestinya ape yg kita dapat tu bukan lah yg terbaik untuk kita.. kdg2 keje yg kita dapt tu bkan la yg kita rasa terbaik, tp at least ade keje....sama jugak, dlm nk cr pasangan,, sume nk cr yg perfect je(dah mcm tukar baju). Terkadang tanpa sedar, kita dah mainkan perasaan orng lain..Mgkin kita nak orang macam ni, tp dpt lak yg xmcm kita nak..Terima saja la ketentuan, .... sesungguhnye, Yang Maha Pencipta lebih mengetahui ape yg terbaik untuk hamba-hambaNYA.. tugas kita, bersyukur dgn apa yg dikurniakan kpada kita.. Alhamdulillah...

Helanghijau: Teringat kat jawapan cikgu syuhada (heliza) dalam filem syurga cinta bila ditanya adakah die akan bersedih jika orng yg beliau syg tipu dan tggalkan beliau. dan jwapan beliau(skrip )---->"jika sesorng itu hadir dalam hidup saya, dan menjadi sebahagian dari saya, tapi atas sbb2 tertentu die terpaksa pergi, janganlah terlalu sedih, terimalah kenyataan itu sekurang-kurangnye die pernah membahagiakn sy. Jd sy redha"..


Nota kaki: ini adalah coretan semata2, tidak ada kene-mengena dgn yg hidup atau mati.. trima kasih..

Monday, August 24, 2009

Yang mane agak2 korang seswai.. sila bg pendapat.. hahhaha..


No 1: stail taliban


No 2: ape tah stail....


No 3: on aku xtau ape name..


No4: ala2 cam menteri2 zaman purba cina kot..


NO 5; bikers stail aku rase ni..


helang hijau: bosan lak aku rase.. lame x update.. tibe2 jupe site ni, so aku pon try2 la.... http://schickfreeyourskin.com.au/mens/manscaping/

Saturday, July 25, 2009

tanam anggur

aku xde keje.. duk umah ternak lemak dibadan sebelom menjadi kurus di bulan ramadhan nnti.. hehhehe

Saturday, May 23, 2009

Perbualan Yg Mustahil...

Kisah berlaku pd satu hari jumaat..(smlam).. aku baru pulang dr kelas intersesi micropy.. nk masuk ke rumah, tiba2 ade yg menyapa..

biru: woi zaki!
aku: ha, ade ape?
biru: bile ko nak mandikan aku?
aku: ermm.. nanti aku free aku mandikan la ko.. aku bkan ape biru, mmg aku nk mandikan ko, tp bile ptng je ujan, so aku rase cm rugi la mandikan ko, nti ko kotor balik..
biru: aku xkira, arini ko kene mandikan aku jugak..
aku: yelah (nada mengalah)

LC: padan muke ko zaki, reti bawak je.. hahha
aku: cet,, ko gelakkan aku plak..

hari yg same, kira2 jam 5ptng, aku mendekati si biru..

aku: biru, jom!!
biru: g mane? mandi ke?
aku: xla, kite g beli goreng pisang dgn keropok. ko kasi la aku mkan dulu, nanti aku mandikn ko..
biru: betol?? promise??
aku: promise.. pnah ke aku tipu ko biru?
biru: pnah, aritu ko kate nk blanje aku minum minyak pelincir yg slalu aku minum, tp minyak murah ko bg aku.. ko tipu aku..
aku: tu bkan salah aku biru, kat kedai tu minyak yg aku slalu bg ko minum dah abes, aku tanye tokey die kate minyak tu bley masuk kat tekak ko.. aku pun on je.. ala biru, jgn la emo, ko kene pham, ujung2 sem ni aku bkan ade duit sgt..
biru: argh.. ko mmg camtu, bile tuk aku je xde duit..
aku: ko jgn ckp sebarang biru, cube ko inagt balik, bape byk duit aku abis kat ko.. abrsober baru, tayar tiubless, kabel throtle.. aku mlas nk ungkit je..
biru: ok2. jom g beli pisang goreng..

Seperti yg dijanjikan, selepas mkan aku pon memandikan biru...

aku: wei, ko tunggu ape lg, kate nk mandi.. bkak la baju cpat..
biru: ko gile ke zaki?? aku mane pkai baju..
aku: aku tau.. saje nk gurau2 dgn ko.. hahhaha..
biru: dah lame aku xmandi ni. ko mandikan aku bersih2 ye..
aku: ye lah..

tgah asyik memandikan si biru, ade suara sumbng kedengaran..

LC: zaki, mandikan aku skali.. hehhehe
kriss: aku nak gak..
biru: ko jgn layan diorng zaki, menyibuk je diorng tu..
aku: aku pon xde mase nk mandikan diorang,, hahhaha
biru: zaki...
aku: yep..
biru: ko syng aku x?
aku: mstila syng...
biru: nape ko syng aku?
aku: ko slalu bwak aku mane je tmpt aku nk g.. g kelas, g alam sentral.. bile aku g kl naik komuter, ko setia tggu aku kat stesen komuter tu smpai aku balik.. sbb tu aku syng ko..
biru: oh.. ermmm..

....................

aku: ok dah siap.. puas hati??
biru: ok..(dgn nada gembira) thanks..
aku: u r welkem.. BTW, mlm ni aku nk g uptown, ko tggal yer..
biru: aku nk ikot..
aku: xde.. ko tggal kat umah.. sbb ko baru je mandi.. parking uptown tu kn berdebu.. keputusan aku muktamad.

.......................

Kriss: padan muke ko biru. kene tggal mlm nanti.. hahha
biru: aku mane tau die nk g uptown mlm ni, kalo aku tau, sure aku suruh die mandikan aku esok.. huwaa.. nak ikot........

......................

helanghijau: Cerita di atas adalah rekaan semata-mata.. tiada kene mengena dgn sesiapa..Biru adalah motor aku... kpd tuan punye si oren, sila mandikan beliau, nnti beliau merajuk..

Sunday, May 17, 2009

Perjuangan Terakhir akan bermula

Intersesi utk subjek KJE609 (microP) akan bermula esok sehingga 28jun.. slamat berjuang kpada aku.. (^_^)

L.O.V.E is ALL



video

When yo
u hold me like this
so many memories fill my eyes
the first time we kissed
the times we nearly said good-bye
but still here we are
tested and tried and still true
and stronger than we ever knew

Love is all
the laughter and the tears that fall
the mundane and the magical
love is all
all is love
the careless word, the healing touch
the getting and the giving of
all is love
there's a me you've always known
the me that's a stranger still
the you that feels like home
and the you that never will
but still here we lie
tender and trusting and true
with everything that we've been through

All the glory
all the pain
all the passion
that turns to ashes
only to rise again

Saturday, May 16, 2009

My Baby U!!

video

Thursday, May 14, 2009

4tahun hampir berlalu...

hari ahad 4thun dulu........

bermula episod baru dalam idup aku.. berdebor2 rase nk register masuk uitm.. pertama kali lam idup aku aku dpt tmpat blaja xsame dgn kembar aku.. Hooreeyyy!!.. hehehhe.. aku smpai Uitm dlm kul 9pg.. kira awal jugak la.. xramai orng lagi.. yg hantar aku adalah ayah aku dan 2 orng pakcik aku.. Mak aku hantar zamri register kat UMP pada hari same.... masuk je lam Uitm seme kereta kene direct ke padang kwad.. aku duk pk lam hati apehal lak ni.. upenye kene naik bas g kolej.. sbb jalan uitm ni sempit.. turun kete, ade orng tggu dan salam aku, tekejut aku, " Assalamulaikum, slamat dtg ke Uitm, boleh ambil semua brng, kita akn naik bais tuk ke kolej" kate orng ni... aku pon ikut je la.. masuk je bilik yg diberi tuk aku, aku tgk muke cm aku knal.. La, ajim rupenye.. ajim ni skulmate aku kat semsas, same masuk matrix melaka, pastu same bilik lak kt cini.... kat uitm ni mggu orientasi die mmg pack (pggl MMS) brader2 yg jg ni diorng pggl PM(Pembantu mahasiswa).. mmg pelik aku tgk jadual mggu mesra siswa ni, sgt padat.. gile, pastu jalan jauh2 plak tu, dr kolej g PI, g DSB, G pusat Sukan.. jalan beratur cam kambing nk kuar kandang.. hahahha.. selalu gak brader2 n akak2 PM kene kutuk.. poyo la, ape la.. tp yg paling best, naik bukit tonggek mase larian anti dadah.. giler, cerun die ni lam 50darjah, curam giler. nak tercabut pale lutut berlari naik. hahhaha.. ape2 pon mggu MMS ni byk membantu sbnrye tuk persediaan bergelar siswa.. mmg xbley lupe r..

2thun lpas.....

aku dapat peluang tuk jd Pm, jg student mase MMS.. wah baru aku tau keje jd Pm ni bkan senang.. mase aku jd Pm tu siswa dgn siwi ada lam 7ribu.. kami ni ade beratus2 je.. mmg xmenang tgn.. aku tido dkt2 kul 3, sblom sbuh dah bgn, aku bkn kejut bdak2 baru ni, tp g kejut orng dewan mkn,, make sure sarapan ade..(aku biro makanan).. tdo mmg xckup.. sgt pnat.. tp aku heran la.. kenape diorng ni(student baru) manje sgt.. diorng ni xde la kene jalan jauh2 cam zaman aku dulu.. tu pon nk mengadu.. rase la susah dulu.. mase ni ada konflik yg berlaku.. mcm2 la.. tp alhamdulillah kami selaku Pm yg dilantik pihak universiti berjaya menjalankn tugas dgn sebaik mungkin..


Kini.........

aku menghitung hari hingga 28 jun.. tarikh akhir exam intersesi..Insyaallah, perjalanan aku sbg seorang siswa akan smpai ke penghujungnye.. mcm2 perasaan ade..... bercampaur baur..byk pengalamn yg aku timba kat UiTM tercinta ni.. byk kenangn suka duka... ape2 pun.. "AKU BANGGA MENJADI WARGA UiTM"..

helanghijau: UiTM di Hatiku

Perkara2 yg blom selesai..

1.Hard Cover Thesis, tggu mggu dpan amik draft dr Sv, edit yg mane patut then boley wat hardcover.

2. Intersesi akan start 18mei hingga 28jun.

3. Jemputan Walimatul urus:
a. hariz, 31mei, shah alam.
b. fadzli, 6jun, sg isap kuantan.
c. Yeyie(sedare aku), 6jun, keratong.
d. Syazwan, 8jun, kelantan.

aku xtau nk letak tajuk ape...

beberape bulan lepas, aku ade bg komen kat blog qilah, mengatakan aku xde kwan jenis "ini".. sila klik sini untuk keterangan lanjut... tapi aku silap sebenarnye.. aku ade kwan yg macam ni.. hangin aku satu bdan..

Lama ko senyap, bile susah ko cr aku.. terdesak sgt ko mintak tolong aku.. ape? ko ingat aku ni kaunter bantuan? bile2 mase ko susah jd cr aku...?? ko ckap kite kwan baik, tp ade ko tanye kabar aku? balik2 aku je hegeh2 tanye kabar ko.. sbb aku anggap ko kwan baik aku.. aku xkebulur la kalo ko nk blanje makn sbb aku tlg ko.. masuk smlm, dah 3x ko ckp camtu.. aku xheran.... aku iklas tolong(sbb aku baik).. aku xpeduli ape orng nk kate, yg aku tau aku baik....bile ko susah, ko cr aku, xkire mase, tgah mlm ke, siang ke, suke hati ko je... "hello saudari, aku pon ade idup aku sndiri".. ko g la jg bf ko tu elok2.. aku xharap ko cr aku lg pasni sbb ko terdesak dan susah bile ade masalah dgn die.... jadilah la kwan yg sebenar2 kwan.. kalo xdengar kabar dr ko pon aku xheran.. GGGGRRRrr!!!!

helanghijau:luahan hati aku yg sgt panas..

Tuesday, May 12, 2009

..Hoorey!!! dah Present FYP....

Alhamdulillah.....

aku dah selamat present FYP aku smlam... risau jugak aku, kot3 projek aku ade flaws kat mane2.. syukur... nasib la soalan Prof Noraini dgn Prof Berhan xmembunuh sgt n aku berjaya jawab dgn yakin walopon aku xsure.. hahhaa.. cume satu solan dr prof berhan aku agak susah nk jwab, soalan mudah je tp mungkin aku yg pikirt erlalu jauh.. same cam mase present proposal dulu.. Ape2 pun seme je berjalan lancar, agak penat sbb kene tggu tepi poster dr pg smpai ptang.. rase cam sebak2 ckit sbb kene bg poster tu kat fakulti, dah la nk print Rm30, bkan nye fakulti bayar, pkai duit sndiri.. mhal lak tu..


Poster aku


rakan2 seangkatan yg same supervisor dgn aku


tgah meng"explain" kat Prof Berhan


housemate aku yg present pd hari same



aku bergambar dgn poster aku sebelum kene bg pd fakulti

Monday, May 4, 2009

Pulang ke Kuantan..

hish..... lame dah x mengarut kat sini.. maklumla, bz dan mlas.. kekkekekke..setelah lame xbalik ktn, mggu lpas aku balik... dgn Sepol, hari rabu.. awal btol... OTW nk ke tmpat sepol aku dapat call bgtaw ayah Fazrol meninggal dunia.. Innalillah..... aku berazam nk g menziarah dgn ayah aku esoknye.. ayah die ni kwan ayah aku.. fazrol ni kwan aku dr skolah rendah...

sampai ktn pkul 11 mlm, aku penat, bley plak aku tdo.. kesian anak Dr Ardi tu drive sorng2, sdar2 die kejut aku ckap kat gambang, tekejut aku,laju btol mamat ni bwak.. ermm pg kamis tu nk g ziarah jenazah kononnye, ayah aku xshat lg, bejalan pon susah, jd arahan diberi kpd aku tuk pergi.. bile aku nk stat moto, moto plak wat hal.. adoi... kene plak tggu adik aku balik tgah hari tu, baru g bengkel..

aku xbuat ape2 pon duk umah, mkan tido saje, ade bwak note konon2 nk study, tp... haram xbkak pon.. hahahahha.. ptng jumaat g tman cik syera berjalan2 ke Taman Teruntum (mini zoo).. lama x g sini.. ade binatang yg dulunye xde.. tp spesis beruk dan monyet liar makin kurang.. hurmm.. mane hilang agaknye..

ari sabtu g tgk x-men.. cantik CGI citer ni.. jalan cite pon ok.. cume aku lg suke xmen yg dulu2 sbb dlm xmen ni team X-men blom wujud lg.. hurm.. trimas kpd cik Syera yg blanje aku tgk wayang ni dan nasi goreng kg yg pedas kat Coffee street..(^_^)... hehhehe.. pas tu aku lpak kejap dgn zamri n aripo, mamat yg sdng berkursus kat genting.. duk borak2 kat mapley pastu balik..

perjalanan ke shah alam pd hari ahad sngat mencabar.. banyak kereta tu... xpnah lg aku dan sepol mengalami keadaan camni.. kami x wat pit stop pon kat mane2 RnR, tapi still amek mase 5 jam gak tuk smpai.. tu pon mase kat LPT sepol dah bwak smpai 150km/j.. dah smpai aku jd pening2.. kene study lak ade test.. hahhaha...pnat..... tp seronok.. LAlallAlaLA..(^_^)

helanghijau: test pg td aku jwab yg reti je, nasib baik open note.. aku kuar awal sbb pening makin teruk..


20 Sebab Laki Tak Kawin2..hehe!

20 Sebab Laki Tak Kawin2..hehe!

for gurlz n sape ader kawan laki tahulah nape diorang xnk kawen...dipetik dr sini..

1."Duit lum cukup lagi".
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!

2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin".
Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu.. .

3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati".
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ?ada duit abangku sayang, takde pitis sayangpun abis!

4."Tak datang seru lagi kot".
Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.

5."Banyak sangat halangan".
Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!

6."Belum bersedia la".
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.

7. "Ilmu tak cukup la".
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ?mimpi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga?soal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!

8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri".
Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul. Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.

9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan".
Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.

10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la".
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.

11."Jodoh tak sampai lagi kot".
Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!

12."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" .
Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!

13. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka".
Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!

14."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la".
Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!

15."Dia nie suka pasang ramai org sangat".
Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.

16. "Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak".
Pompuan memang camtu..

17. "Nak carik yang solehah lah".
Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.

18. "Masalah la".
Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.

19. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la".
Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.

20. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya".
Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia.

helanghijau: saje mengcopy paste.. yg berwarna biru mungkin adalah jwapan dr aku jika ditanya bile mau kawin.. kredit kpd blog ini.

Friday, April 17, 2009

Tag dr ILANI @ McLA

1. How old are you?
22 thn + 6 bulan +14 hari


2. Are you single?
yer la.. aku bujang lg..


3. At what age do you think you’ll get married?
dalam range 27-29 thn


4. Do you think you’ll be marrying the person you are with now?
aku xde dgn sape2.. suke orang ade la.. hahaha


5. If not, who do you want to marry?
orang yg boleh memahami aku, melengkapi kekurangan aku dan menerima aku seadanya. (pompuan yg penuh dgn kasih syg) hahahaha..


6. Who will be your bridesmaid & bestman?
Bestman =Saiful Nizam Ardi & bridesmaid= sape nk jd ckp kat aku..


7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
traditional la, aku orang kampung.. hahha.. lgpon kg aku tepi pantai.. kih3


8. Where do you plan to go on honeymoon?
Gold Coast Australia(kalo ckup duit), kalo xde duit, mana pulau or pantai kat Malaysia ni pon boley.


9. How many guests do you think you’ll invite?
2000++.. hahaha.. ramainye... byk duit nk kene blanje ni.. har3..


10. Will that include your exes?
Yes.


11. How many layers of cake do you want?
3 lapis dah la.. kang bg kek lapis sarawak kang xterkira plak lapisnye..


12. When do you want to get married, morning or evening?
pg.. nikah kol sblas.. tipikal malays.. hahahah


13. Name the song/tune you’d like to play at your wedding:
xde, atuk aku xbg musik2 or dj ni, nk lagu2 kita tune mase bachelor party ok.. hahaha.... masa majlis aku ade orng Marhaban je..


14. Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?
makan dgn tgn la, nama orng melayu.. yela2, time amek gambor pkai sudu dgn garpu.. kui3


15. Champagne or red wine?
Sirap Limau


16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
Lepas majlis resepsi kay umah family aku, buleh r g..


17. Money or household items?
duit... ade duit boley bli household item, tu pon kene bgtau ke??

18. How many kids would you like to have?
3-4.. tp anak itu Kurniaan Allah.. aku terima saje.. kih4


19. Will you record your honeymoon in DVD/CD?
ye kot..


20. Whose wedding plan would you like to know ?
sape2 je yg nk bgtaw plan die..

helanghijau: nape la ade tag mcm ni.. xpela.. layan saja..

Thursday, April 16, 2009

New Baby....(Exora)

yes.. kira2 jam 10mlm td.. lahirlah baby baru kpd proton, Proton Exora.. dilancarkan oleh PM ke 6.. maka selepas je launching, aku terus bergegas ke showroom proton seksyen 7 tuk g tgk sendiri Exora ni.. sangt bagus.. Satu pencapaian yg sgt bagus kpd proton.. ade la snap beberapa gambar, tp xlawa sbb kamera hs aku 1.3mp je.... ape pon aku bngga dgn kelahiran Exora



helanghijau: bila nak ade kereta sendiri ni..

Sunday, April 5, 2009

Keputusan Penuh F1 Sepang


Helanghijau: satu perlumbaan yg penuh dramatik.. aku dah agak ujan akan berlaku sbb klang valley mmg ujan ptng2.. tapi xsangka smpai ribut melanda.. perlumbaan terpaksa dihentikan pada pusingan 31.. ape2 pn aku gembira sbb heidfeld dapat naik podium.. mmg luck die la.. yyyeeeeehaaa... bravo BMW!!. (mana ferrari dgn mclaren??..what a shame)..jupe kt Shanghai plak nnti..

Kelayakan Sepang!!


helanghijau: sekali lagi Jenson Button duk depan.. xpuas ati aku.. nampak mcm pasukan kecil lg power tahun ni.. apa sudah jadi.. argghhhhhh! ni mesti tipu ni.....

Friday, April 3, 2009

Tahniah...

Tahniah DS Najib kerana telah sah menjadi PM Malaysia yg ke -6.. semoga Malaysia bertambah maju di bawah pimpinan Dato' Seri...INSYAALLAH..




helanghijau:bangga anak pahang dipilih menjadi PM sekali lg selepas Allahyarham Tun Abdul Razak
.

Tuesday, March 31, 2009

Transformasi..

berikut adalah wajah2 transformasi aku.. hahahha...




Ketika umur 6thn.. baru abes tadika.. gambar dah lame.. tu yg gambar berlubang2..





Masa umur 12Thn.. gambar diambil masa dajah 6.. sbb nk masuk sekolah menengah..





Umur 19thn.. Gambar diambil sebelum masuk Uitm..


helanghijau: xde gambar pasport terbaru.. mungkin akan diambil semasa nk apply kerja nnti.

aku akan tag dua orang bloger tuk tugasan ini.. kene wat camni la.. tnjuk kn gambr yg menampkn perubahan pda wajah anda.. insan tersebut ialah :
1. mekla.
2.qilah.

Monday, March 30, 2009

Kenali Lelaki...

Kenali Siapa Lelaki.. ??

1. Jika lelaki menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.

2. Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.

3. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak.
Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

4. Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu.
Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam- kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

5. Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?

7. Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

8. Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

9. Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

10. Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf.
Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

11. Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

12. Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

13. Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya seorang wanita dengan seorang lelaki.
Tidakkah anda setuju jika dikatakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

14. Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.

Helanghijau: hish... ape la aku post kali ni.. baca je la... kdg2, pompuan ni xpham lelaki.. arap wanita2 yg baca ni bley jdkn panduan.. hehehhehe.. sekadar copy paste.. kredit to http://1001rahsiadiri.blogspot.com

Sunday, March 29, 2009

Keputusan Penuh F1 Melbourne

Helanghijau: sangat mengecewakan..

Saturday, March 28, 2009

UNexpected resulT!!



Diatas adalah senarai kedudukan grid tuk perlumbaan pembuka tirai F1 2009 di melbourne.. mmg mengejutkan sbb pasukan yg dah tarik diri pastu masuk smule dgn nama baru 'BRAWN GP' bley dapat pole position.. mmg mengejutkan.. pasukan2 besar plak ade masalah... Diffuser diorng yg xikut saiz ni mcm bg kelebihan je kat pasukan2 kerdil ni.. KERS plak tambah berat je.. wat slow keta..

perlumbaan esok mmg menarik.. pasti mencabar.. harap2 ade kemalangan, atau pon ujan.. mmg best bile tgk race bile keadaan ni berlaku.. table will be turn upside down... hahahaha... kita lihat keputusan nye esok..

helanghijau: sentiasa menyokong pasukan BMW.. harap sesuatu berlaku esok....

Wednesday, March 25, 2009

21 Resolusi Piagam Kota Melaka

Semalam.. masa aku tgah pusing2 fakulti aku sblom kelas dgn dekan, aku jumpe satu poster ni kat notice board.. besar.. background itam.. tajuk die seperti di atas.. aku rase xramai pun student yg baca.. jd, aku rase ni taggungjawab aku nk tulis balik mende ni.. biar orang2 yg berkunjung ke blog aku ni dapat baca dan hayati.. Resolusi ni dikeluarkan sempena mesyurat Dato seri VC UiTM dgn pimpinan Kanan UiTM..



21 Resolusi Piagam Kota Melaka



1. Orang Melayu/Bumiputera seperti hilang arah apabila banyak pihak menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap keistimewaan orang Melayu/Bumiputera walaupun telah termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan sejak lebih 50 tahun yang lalu.


2. Rakyat Malaysia mesti memahami,menghayati dan menghormati keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan ia mesti dijelaskan secara berterusan melalui penyebaran maklumat tepat lagi bertanggungjawab.


3. Melayu/Bumiputera (tanpa mengira fahaman politik)mestilah bersatu serta seia-sekata dalam mempertahankan hak-hak di bawah perlembagaan.


4. Mesti ada kumpulan pendesak Melayu/ Bumiputera yang kompeten serta berani menghujah balas tomahan mana-mana pihak mengenai isu-isu yang mengenai Melayu yang mengelirukan.


5. Hak Melayu/Bumiputera dalam pendidikan dan biasiswa mesti dikekalkan bagi menjamin survival bangsa dan keharmonian Negara.


6. Melayu/Bumiputera mesti menubuhkan kumpulan pendesak bagi memastikan penggunaan Bahasa Melayu memartabatkan lagi tujuan perpaduan negara.


7. Ketidakfahaman masyarakat terhadap konsep kontrak social dan ketuanan melayu mesti ditangani melalui peranan media massa dan forum diantara kaum.

8. Masyarakat Melayu/Bumiputera perlu mempertingkatkan hakmilik dalam sector ekonomi, hartanah, komoditi, perhotelan, pembuatan dan lain-lain sector dengan cara srategik.


9. Masyarakat Melayu/bumiputera terutama yang beragama Islam mesti mengatasi kebergantungan tehadap bukan Bumiputera dalam urusan penyediaan bahan makanan serta mesti menguasai rangkaian pembuatan dan bekalannya.


10. Super-Malays (pemikir, pemimpin, pelaksana dan peneraju tersohor) yang mempunyai kepakaran pelbagai bidang mesti ada di kalangan orang-orang Melayu/Bumiputera.


11. Isu halal/haram dalam makanan perniagaan dan apa sahaja urusan mesti diterajui oleh orang islam.


12. Modal Insan Melayu/Bumiputera mesti diperamaikan dan diperhebatkan kualitinya standing dengan bukan Bumiputera.


13. Pengetahuan mengenai sejarah penubuhan Malaysia, Kontrak social dan ketuanan Melayu mesti dipertingkatkan menerusi program di semua peringkat persekolahan, institusi pengajian tinggi serta program-program kemasyarakatan secara berterusan.


14. Minda dan jiwa masyarakat Melayu/Bumiputera dalam dilemma dan terperangkap dalam konflik kemelut politik.


15. Imej Melayu/Bumiputera mesti diperbaiki melalui amalan budaya hidup yang positif.


16. Ketirisan semangat jatidiri Melayu/Bumiputera di kalangan belia mesti dibanteras.


17. Melayu/Bumiputera mesti menghayati konsep pembelajaran sepanjang hayat bagi menjamin survival bangsa.


18. Melayu/Bumiputera mestilah dilatih untuk memperoleh maklumat yang sahih dan bahan-bahan bacaan yang membina minda.


19. Masyarakat Melayu/Bumiputera mesti mencari jalan inovatif untuk mengatasi masalah gejala social dikalangan remaja seperti penyalahgunaan dadah, mat rempit, bohsia dan kes-kes diperdayakan oleh rakyat asing.


20. Melayu/Bumiputera mesti bersatu supaya Perdana Menteri Malaysia tetap kekal daripada kalangan Melayu atau /Bumiputera yang beragama Islam.


21. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mesti dikekalkan untuk menjamin kesejahteraan dan ketenteraman negara.

helanghijau: dulu2 belajar Piagam Madinah je.. (^_^)