Sunday, January 3, 2010

Isu-Isu Panas awal tahun 2010

Assalamualaikum WBT..

Tahun baru 2010 baru sahaja berusia beberapa hari, tapi kita telah dikejutkan dengan pelbagai isu yang penuh dengan kontoversi terutamanya isu pengunaan Kalimah "ALLAH" oleh golongan bukan islam seperti yang diputuskan oleh mahkamah tinggi pada hari terakhir tahun 2009. Bermacam-macam reaksi yang diberikan, ramai yang menentang dan tidak kurang pula yang menyokong. Ada yang mengeluarkan Nas-nas yang menyokong pendapat masing sama ada dari AL-QURAN ataupun Hadis. Terdapat juga mereka-mereka yg mengkaji perbandingan agama mengeluarkan fakta-fakta dari "Old Testament". Yang pakar dalam perundangan membicarakan dari perskpektif undang-undang tentang sangkut-paut perkara 11 dan perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Masing-masing punya pendapat sendiri..

Juga terdapat kumpulan-kumpulan yang diwujudkan di dalam laman sosial facebook untuk mengumpulkan ahli-ahli yang menentang keputusan ini. Tetapi, apa yang menyedihkan, di dalam isu ini, saya dapat lihat kita masih belum bersatu padu untuk mencari jalan penyelesaian. kumpulan yg diwujudkan untuk mencari buah fikiran menjadi tempat segilintir pihak mengaitkan ideologi politik dalam perkara ini. satu pihak menyalahkan pihak yang lain. Isu ini sangat besar,saya yg masih cetek ilmu tidak ingin membicarakan hal ini secara lebih lanjut, kerana lebih berminat membaca pandangan dan pendapat pihak-pihak lain yang lebih arif. tetapi saya secara peribadi tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah itu.

Isu kenaikan Harga.

Pada 1 Januari 2010, telah berlaku kenaikan harga pada dua barangan di pasaran iaitu harga rokok dan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram. Pada pendapat saya kenaikan harga gula ini adalah kecil dan tidak dirasai kerana gula bukanlah digunakan sehingga 2-3 kg sehari. Peniaga juga sepatutnya tidak menaikkan harga makananatau minuman dengan menggunakan alasan harga gula naik.. sebagai contoh, Adalah tidak masuk akal jika harga secawan teh tarik dinaikkan sebanyak 10 sen. 2 cawan teh tarik yang dijual dapat menampung kenaikan harga untuk 1kg gula. Untunglah peniaga minuman begini, pelanggan pula terbeban.. peniaga harus mencari alternatif lain untuk menyerap kenaikan harga gula ini seperti mengurangkan kandungan gula dalam minuman. Tentang harga rokok saya tidak mahu ulas kerana saya tidak merokok dan saya dapati walaupun harga rokok dinaikkan, perokok tetap membelinya juga.

0 isihati pembaca: